Monday, April 4

Bertemu Pencipta Kisah 'The Little Mermaid'


Kalungan bunga diletakkan sempena ulang tahun kelahiran HC Andersens pada setiap 2 April
Anda pernah membaca kisah ikan duyung (the little mermaid)?, Anak itik yang hodoh (the ugly duckling)? Ataupun kisah Thumbelina, the snow queen dan the nightingale? Dan tahukah anda siapa penulis asal kisah fairytale tersebut? Hmm..penulisnya adalah Hans Christian Andersens (1805-1975) yang dilahirkan di Odense, Pulau Fyn iaitu salah satu pulau utama di Denmark.
In the bus on the way to Odense
Dan berikutan 2 April adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran HC Andersens yang ke-206, maka gabungan International Public Affairs univeristi-univeristi di Denmark telah membuat lawatan percuma untuk membawa International Students & Spouse ke bandar Odense. Seramai 164 orang yang menyertai lawatan tersebut dan 64 orang dari DTU. Ada juga berjumpa beberapa kenalan yang dikenali semasa ‘Spouse Survivor Program’.

Bus double decker yang boleh memuatkan 78 orang!
Turut menyertai trip ini, adalah 2 anak kembar pasangan dari Korea. Yang menariknya, baby boy tersebut diberi nama ‘Dan’ & ‘Mark’ (Danmark adalah ejaan bagi Denmark dalam bahasa Danish) kerana telah dilahirkan di Denmark. Dan tatkala tangisan pasangan itu bergema dalam bas, maka ianya seperti ‘Danmark’ menangis!! J
Dan & Mark with their parents and Oppa
Pasar minggu di tengah bandar Odense 
Setelah 2 jam perjalanan dari DTU ke Odense, kami tiba jam 10.15 am dan sedikit terlewat serta menyebabkan kumpulan kami ‘terlepas’ dari mendengar ucapan dari Mayor Odense dan liputan wartawan.. Kami terus dibahagikan kepada kumpulan kecil dengan diketuai oleh seorang tourist guard. Kami menjelajah rumah kelahiran HC Andersen Hus yang kecil lagi sempit tetapi telah diubahsuai menjadi satu museum yang menarik lagi berinformasi.
Penduduk tempatan berpakaian tradisional dihadapan HC Andersens Hus (House)
Hasil karya HC Andersen telah diterjemah kepada 140 jenis bahasa. Dari Bahasa Azerbaijan hinggalah ke bahasa Vietnam. Satu ruangan khas yang mengumpulkan buku-buku dari terjemahan asing disediakan dan tidak terkecuali bahasa Malaysia dari DBP. Namun, sedikit terkilan kerana hanya terdapat satu buku yang berbahasa melayu dan versi fotokopi dari Kisah ‘The Ugly Duckling’ bertajuk ‘Anak Itik Hodoh’. Lucu pulak bunyinya..
Buku terjemahan bahasa melayu 'Anak Itik Hodoh'
Seterusnya kami dibawa ke Muzium yang berdekatan iaitu Møntegården. Muzium yang telah diubahsuai dari beberapa rumah usang (tapi canggih jugak la sebab ada sound effect dan lighting) menempatkan bahan tinggalan sejarah Odense. Tapi, seriously, muzium ni sedikit bosan kalau anda tidak pandai menghargai seni dan sejarah..ceh.
Bersama rakan sekelas bahasa Danish, Menghing Teng & Pasangan dari China
Berhenti rehat untuk makan packed lunch yang dibawa
Setelah menunaikan solat Zuhur & Asar dibawah tangga yang ‘selamat’ dan tenang, kami mengikuti tourist guard meneroka bandar sekitar bandar Odense. Namun, seperti yang dijangka si Mak Cik tourist guard bernama Mette (nama popular wanita di Denmark) yang fasih berbahasa Inggeris dengan accent London itu, membawa kami ke tempat-tempat yang mempunyai kaitan dengan HC Andersens je.
Mak Cik Mette (jaket merah) bersemangat menerangkan tentang sejarah HC Andersens
Jalan2 sket berhenti. Ini tempat HC Andersens bersekolah la, sana tempat mak dia basuh kain, situ dia duduk cari idea, kat belakang tu dia jatuh cinta dan kat depan tu dia rumah dia dibesarkan dan macam2 lagi. Tapi ok jugak la, at least tahu la sket2, dari meronda tak tentu pasal.. Terdapat juga beberapa patung dan monument yang dibina di sekitar bandar Odense berdasarkan kisah-kisah fairytale popular beliau.
Kami bergambar dengan HC Andersens yang dah 'keras'
Hmm..tiba-tiba kaki jadi BESAR
Perjalanan pulang kami dihidangi dengan pemandangan indah dan mempersonakan kawasan perkampungan di Pulau Fyn dengan deretan Wind Turbin di kawasan ladang. Terdapat 5078 turbin angin di Denmark (onshore & offshore). 
Pemandangan normal kawasan desa di Fyn: Rumah ditengah2 ladang+Ladang Kuda tepi rumah+Turbin Angin
Bas kami turut menyeberangi jambatan gantung ‘Storebælt’ (The Great Bell Bridge-longest span 1,624m), iaitu kedua terpanjang di dunia selepas jambatan ‘the Pearl’ (longest span 1,991m) di Jepun. Dan nak tahu berapa harga tol untuk bas kami yang panjang lebih 10m & tinggi 2.7m tu lintas jambatan.. murah je hanya DK 1,050 (RM 606)..murah kan??

9 comments:

  1. cantik gambar yang last tu. tenang je kalau dapat rumah macam tu. gambar masa dekat jambatan tu tak ada ke. :D

    ReplyDelete
  2. @Hasrol Nizam: hmm..memang cantek..tetiba terigat kawasan kg & sawah padi di M'sia..haha
    Gambo atas jambatan x de yg clear. Pakai camera cap ayam je..

    ReplyDelete
  3. mahalnya tol...kalau kat malaysia dah demonstrasi dah..hehe

    ReplyDelete
  4. Salahuddin harith: Kat sini semuanya mahal..xde yg murah

    ReplyDelete
  5. suka tgk pakaian tradisional mereka tu... x leh pakai utk fotografi ke?

    ReplyDelete
  6. cerita kanak2 tu berasal dari Danmark? oooooooo.... :-)

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing, banyak berjalan banyaklah benda baru kita belajar

    ReplyDelete
  8. @fa10: x boleh kot
    @blog-tips-kurus: Yep from Denmark. yep..sy pon br tau
    @Sharinginfoz: sharing is caring

    ReplyDelete
  9. patutlah rakyat malaysia selalu 'berpuasa'..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...