Aisey, mana ada orang jemur kain kat luar, time2 musim sejuk cenggini. Mahu mengeras kain jemuran membeku di ampaian.
Hari ini kawasan rumah kami masih dibaluti salju lagi. Nampaknya salji yang turun sejak dua hari lepas masih belum cair kerna suhu masih di bawah paras beku. Pagi ni je, bangun je, jenguk temperature kat luar cecah -3.5oC. Patut la sejuk semacam dan liat je nak bangun..hehe.
Tahun lepas salji turun hujung bulan November. Time tu memang la over 'eksaited' sangat. Tapi, tahun ni dah kurang eksiatednya. Apa? salji dah turun. Ok, biar la dia nak turun, turun la ape kisah..
Tapi, Cik Puan Isteri masih lagi eksiated, tak puas lagi main salji tahun lalu, katanya. Tu la, eksen tak mau pakai baju tebal2, kan dah kena demam ni..Huhu
Tapi, Cik Puan Isteri masih lagi eksiated, tak puas lagi main salji tahun lalu, katanya. Tu la, eksen tak mau pakai baju tebal2, kan dah kena demam ni..Huhu
Walaupun salji dah mula turun bertalu-talu, dan juga masih lagi bersuhu negatif, namun masih belum cukup untuk buat Snowman. Salji tebal-tebal baru la best. Hmm...tak sabar naik main sledging di cerun bukit. Memang kagum dengan keindahan ciptaan Allah swt dengan panorama alam yang cepat berubah. Memang best time winter gini. Macam-macam boleh buat. Tapi, tengok la, nanti bila dah muak hari-hari snow je, mula la rindukan cahaya mentari plak. Biasa la tu..