Wednesday, February 8

Winter Wonderland

Hujung minggu lalu, salji turun dengan lebatnya. Langsung tiada petunjuk dari weather forecast. Tup-tup mencurah-curah turun hingga boleh membenamkan kaki. Snow yang putih gebu dan halus lagi mulus tu begitu mengujakan.Seolah-olah memanggil kami untuk keluar dari kepompong. Cuaca cam gini, berhibernasi je best, tapi apakan daya, kejakunan orang kampung dari Malaya tidak dapat dibendung lagi setelah teruja melihat salji. Apatah lagi, main salji free, tak perlu pergi ke i-city tak pun masuk Snow World kat Genting tu.
View dari beranda rumah. Jalan raya pun dah tak nampak
Pemandangan dari belakang rumah. Dah macam set filem Narnia dah ni..hehe

Bukan setakat kami je yang excited, orang tempatan pun sama je. Semuanya memang menunggu kehadiran si putih salju ni turun sejak awal Disember lagi. Dengan ketebalan salji yang mencukupi, kami pun pergi bermain sledging yang terletak tidak jauh dari rumah. Dah lama benar tersimpan papan dan talam sledging tu. Skills pun nak kena asah semula.


Ladang gandum yang dipenuhi oleh snow yang menimbun
'Pusat bermain sledging'-masuk percuma. Kat belakang tu tasik Fureso yang telah membeku
Gelagat orang kampung main snow. Riuh mengalahkan orang Danish.

15 comments:

  1. Cantik. sy suke imej salji. :))

    p/s: best tak main sledging tu? nampak macam mengujakan je.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Seronoknya!
    Masa mula2 tgk salji, masa tu baru je besalin. hehe ambil peluang juga keluar rumah! bergambar apa lagi!

    ReplyDelete
  3. kanak2?? macam orang dewasa je! haha

    ReplyDelete
  4. Seronoknya demo buleh main salji.

    ReplyDelete
  5. biler la dapat peluang nak main salji...

    ReplyDelete
  6. @NIZAM: Sledging tu macam main gelonsor je. Tapi best la juga sebab gelongsor atas snow.
    @mama ju: Ambil gambar banyak2, buat kenangan
    @kak mah: skali skalo best jugok main salji..hehe
    @MULAN:memang best!
    @Miss. Tina:InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat la tu main salji nanti..

    ReplyDelete
  7. Hello Imran! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya "Travel & Living Journal of DT".

    Saya belum pernah pergi Denmark. Semoga satu hari, impian saya untuk pergi Denmark dapat tercapai. Saya nampak travelogue anda. Jealous yer! Saya pun nak pergi Northern Europe tapi ntah lah bila boleh pergi. Cantik lah gambar Tulip Garden tue. Awesome and nice snapshot!

    Nice to meet you. I have place your blog in my blogroll and also, I am following your blog :D

    ReplyDelete
  8. i likeee yuki chan!bestnya main sledge... aka sori in nihongo...

    ReplyDelete
  9. Salam Yong,
    Selamat bergelumang dgn salji!
    Takde ramalan cuaca ke? Lazimnya kat Turki ramalan cuaca dia siap utk 3-5 ari dan selalu tepat jadi kami buleh siap sedia nak nyongket ke tak. Memang akak tengok kat TV salji di Eropah paling teruk kali ni. Di Turki pun sama...temapt yg tak pernah atau jarang dpt salji pun kena!

    ReplyDelete
  10. wow, kagumnya cantik sngt :P
    seronok kan dpt main salji lg2 dpt slide ala2 main ski.hehe
    :P

    ReplyDelete
  11. Wah nampaknya ter'miss' jugak snow dekat London thn ni! Sebenarnya, mat salleh dkt London pon jakun jugak dengan snow. Yerla, turun pon stakat 2-3 hari setiap tahun jer. Apa-apapon main snow nih memang best

    ReplyDelete
  12. wow..bestnya..mintak izin ya dik, akk link ada 2-3 entri kami main salji...dlm entri akk...suka lah tgk salji...;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...