Sunday, August 21

Biskut Perantau : Cornflakes Crünchy Münchy


Budak-budak memang suka makan cornflakes, rangup. Mak budak dan bapak budak pun suka jugak kan. Bukan mak dan bapak budak pun lagi suka. Kebetulan stock cornflakes ada sekilo lebih lagi, maka salah satu cara nak perabihkannnya, adalah buat sekut cornflakes..hehe

Atas permintaan penulis DKKC, chef Alafiza tak buat  biskut femes Cornflakes Madu tu. Eissh tak suka la makan biskut melekit-lekit kat tangan. Bak kat orang Kelate, belengah. So, kukis berteraskan cornflakes yang dipilih adalah Cornflakes Crünchy Münchy. Namanya telah diubah suai, supaya kedengaran ala-ala Scandinavian sket..haha
Ini dia resepinya puan-puan. Acu cuba try teh deh..


Cornflakes Crünchy Münchy
Made in Denmark. By Den lille Kok Alafiza
Original recipe from : Myresepi.com

Ramuannya;
250 g Mentega
200 g Gula perang
2 biji   Kuning telur
150 g  Cornflakes –dihancurkan sedikit
150 g  Tepung jagung –ayak
150 g  Tepung naik sendiri –ayak
Brown Sugar
Kalau dah namanya kukis cornflakes mesti la ada cornflakes. Yang ni jenis plain.  Biskut healthy diet gitu
Standard Operating Procedure (SOP) adalah seperti berikut;
1.    Mentega, gula di kacau rata dan masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan cornflakes dan gaul lagi.
2.    Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri demi sediki. Gaul hingga sebati
3.    Susun di atas dulang. Bentukkan mengikut citarasa masing2
4.    Hiaskan sesuka hati dan bakar hinga keperangan
Tips : Biskut yang cantik, tak semesti sedap dan biskut yang tak cantik, tak semesti tak sedap tapi kadang-kadang memang tak sedap..huhhu
Search tag: biskut raya, bisku raya sedap, biskut raya 2013, biksut raya baru

5 comments:

  1. memang boleh masak la kat kolej ni. haha

    ReplyDelete
  2. Ada singgah di blog kawe ko? Salam perkenalan dan salam ramadhan untuk orang Copenhagen. Selamat hari raya juga.

    ReplyDelete
  3. Hans: Bagus, buat jgn tak buat!
    Vampire&his lady: masak kat kolej?
    Imran Taib: Yep, ada singgah blog oghe Oslo.

    ReplyDelete
  4. saya suka saya suka

    bila makan je terus nak tanya, siapa buat ni, sedap nya..terima kasih kerana mengenyangkan orang bujang ni^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...