Friday, August 12

Cleopatra Datang Ke Copenhagen

Berpuasa di perantauan, terutamanya di utara Eropah memang mencabar. Maka taknya, hampir 18 jam berpuasa dari pukul lebih kurang 3 pagi hingga 9 malam. Nak menunggu waktu berbuka memang la jenuh. Rasa macam lambat betul jam bergerak.

Lantas pada Ahad yang lepas penulis DKKC mengajak Cik Puan Isteri berjalan meronda-ronda Kota Copenhagen sambil menunggu waktu berbuka. Ibadah puasa memang tak menghalang aktviti luar walaupun memang dugaan menggugat iman di merata-rata dan juga terliur bangat tengok orang makan eskrem tepi jalan. Makin kuat la perut berdondang sayang.  
Ny Carlsberg Glyptotek
Kebetulan pada hari Ahad yang lepas adalah Ahad minggu pertama. Walaupun mulai Ogos 2011 dah tak de Gratis Søndag macam dulu2 (‘Percuma Ahad’ minggu pertama-naik train di kawasan Copenhagen dan jajahan takluknya percuma), tapi sekarang ada scheme baru iaitu kene bayar 14kr (RM8) for all zones. Maksudnya dengan membayar RM 8 boleh pergi ke mana di sekitar Copenhagen dan bandar sekitarnya. Ok la tuh. Malah boleh naik seberapa kerap train S-Tog termasuk la bas dan juga underground train, Metro. Tapi hanya pada hari Ahad minggu pertama je. Jadi la..

Tempat yang nak dituju adalah Ny Carlberg Glyptotek.  Nama museum tu memang ada bunyi kemabukan alkohol sket. Ahaa. Memang, sebab museum ni foundernya adalah Carl Jacobsen, tauke empayar minuman Carlsberg. ‘Glyptotek’ tu bermaksud sculpture collection. Jangan fikir bende lain plak.

Apsal tiba2 nak pergi muzium ni? Sebab, museum Glyptotek ni ade bawa Cleopatra VII datang ke muzium. Bukan dari Alexandria, Egypt, tapi dari London. Ya, kebanyakan bahan pameran dipinjamkan oleh The British Museum London. Hhmmm, pameran khas ‘Cleopatra World’ ni bermula dah lama sejak 29 April hinggalah 7 August 2011. Jadinya waktu kami pergi tu, hari last exhibition la. Tapi, ingat orang kat Malaysia je suke bab2 last menet ni, rupa-rupanya orang Danes 2x4 je. Muzium penuh dengan manusia.
Pelik tengok sorang brother ni bersungguh ambil gambar. Pastu baru perasan tengok tatoo kat tangan dia, ada gambar Cleopatra!
Mungkin sebab museum tu tak mengenakan sebarang bayaran pada hari Ahad, ramai orang plak hari tu. Pelik tak? Memang, kat sini hari Ahad orang dok rumah ngan family je, shopping complex pun tutup. Sebab tu depa terpaksa buat gitu, baru la orang datang museum. Kalau hari biasa (Tue-Sun) kene bayar 75kr (RM40). Mahal gak tu, setakat nak masuk museum tengok bende camgini, kirim salam la. Dan kalau bab-bab free dan diskaun ni memang penulis DKKC suke. 
Sekarang baru la tahu yang Cleopatra ni ada banyak rupanya.. Emm, korang tahu ke? Ada Cleopatra I, II, III, IV, V,VI sampai la VII. Dan Cleopatra VII ni femes sket, sebab dia ‘the Last Pharaoh of Egypt’. Lagipun dia jugak terkenal dengan kecantikan malah menjadi Queen semasa usia muda 17/18 tahun. Dan juga sebab kaitannnya dengan Kerajaan Rome.

Di Ny Carlsberg Glyplotek ada juga section pameran lain. Seperti sculpture antik lagi kuno sekitar Mediterranean dari Egypt, Rom dan juga Greek. Pendek kata penuh dengan patung dan juga statue. Terdapat juga beberapa ruang bahagian portrait karya pelukis terkenal dari Eropah terutamanya dari Perancis, termasuk la 3 keping lukisan dari Vincent van Gogh. Kat bahagian bawah tanah plak, di buatnya macam bahagian dalam pyramid (macam pernah masuk pyramid je..kui2). Ada bilik khas yang diletakkan mumia. Seram gak, mana la tahu kot2 mumia tu bangun..nanti tanjat boboi!

9 comments:

  1. wow, adakah cleopatra tu cantik seprti yg diperkatakan? dulu selalu dgr cantik seperti cleopatra

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat melihat muzium negara asing.

    ReplyDelete
  3. @Hanis MY: Dlm gambar cantik le, tapi yang mumia tu muka cleopatra macam kerepot je.
    @zmah: ada muzium yg free dan ada yang kena bayar mahal!
    @MULAN:cantik, bangunan lama. Kat tengahnya da taman beasar, siap ada bunga raya
    @Fiza Z.Abidin: Tak semua tu mumia, ada tu keranda je

    ReplyDelete
  4. salam.. seronok dapat tengok sendiri warisan firaun ni.. tp sekarang ni macam firaun ni dipuja dan menjadi kebanggaan pulak.. Bukankah Allah selamatkan jasadnya untuk pengajaran bagi umat manusia??

    ReplyDelete
  5. wow, adakah cleopatra tu cantik seprti yg diperkatakan? dulu selalu dgr cantik seperti cleopatra

    http://zulfattah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. @Wan Noor Azila Wan Ismail: Memang boleh jd pengajaran. Memang firaun dan seangkatannya macam tak makan dek bumi
    @Zul Fattah:Tah, macam biasa je. Mungkin zaman dulu2 Cleopatra je yg paling cantik kot.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...