Ada pernah menonton sarkas? Bukan sarkastik. Tapi sarkas, ala yang ada badut, persembahan akrobatik dan haiwan tu. Ha, yang tu la..
Arena Cirkus in Lyngby |
Orang di Denmark kat sini memang gemarkan menonton sarkas. Terutamanya pada musim panas. Padahal tiap-tiap tahun ada. Tapi diaorang tetap pi tengok, dan tak pernah jemu. Sebabnya? Setiap tahun persembahan sarkas yang dipertontonkan adalah jenis berlainan. Siap ada tema-tema lagi. Lagipun bagi diorang menonton sarkas ni semacam hiburan kekeluargaan (family entertainment).
Kat sini ada beberapa kumpulan sarkas yang popular seperti Arena, Benneweis and Dannebrog (yang bersaiz besar), dan juga yang berskala saiz medium seperti Circus Baldoni dan Circus Arli. Kumpulan-kumpulan ni bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain di dalam Denmark.
Penulis DKKC memang dari dulu teringin nak tengok apekemende yang ada kat Sarkas di Denmark ni. Memandangkan tiket nak masuk memang boleh tahan, pikir 5 kali jugak. Mase booking tiket tu, baru keluar citer Harry Potter 7 part 2. Nak tengok wayang ke nak gi sarkas. Maka, penulis DKKC pun bermesyuarat dengan cik puan isteri dengan mengambil kira ‘peruntukan entertaiment’ bulanan. Yes, we do have some small budget for monthly entertainment! So, kalau dah terlebih ‘hiburan’ maka kena la postponed next couple of months/years (or forever?). Maklum, kene la save sket budget dan berjimat cermat untuk masa depan. Lagipun, tak elok terlebih hiburan ni, tak elok untuk kesihatan dan kewangan..muahehe
Akhirnya, menonton sarkas dipilih. Reasonnya, tiket dapat diskaun dan tempatnya tak jauh dari rumah. Asalnya, tiket harga 200kr (mahal tu RM 115/sorang). Tapi oleh sebab, kelab di department university cik puan isteri anjurkan untuk pergi reramai, dan depa ada beli secara group dapatlah harga 175kr/person. Tapi, mungkin sebab tak de orang nak join, depa kasi can murah je, (lebih kurang sama untuk harga tiket wayang) iaitu 80kr (RM 46), kami pun booking tiket. Pastu, baru la perasan, alamak show sarkas tu bulan puasa! Huhu
Diorios dari Brazil. Fenin tengok budak-budak tu pusing2 |
Sarkas yang kami tonton tu adalah dari Kumpulan Arena Circus (terbesar di negara-negara Scandinavia). Yang bestnya bertemakan ‘circus under water’. Kebanyakan penghibur adalah tertaraf ‘internationale’. Antaranya kumpulan Shandong Acrobatic (China), Dioiros-terbang dalam roda (Brazil), Body Artits Trio Larus (Hungary), Zorro Senoritas (Sepanyol), Russian Rope Artistry dan The Little Mowgli with elephants (Africa) dan beberapa lagi. Dan juga clown (badut) dari Itali. Tapi, badut sekarang dah tak de bakai baju warna-warni, topi tinggi dan juga letak bola kat hidung macam dulu-dulu. Dah moden kot.
Badut moden, Jimmy Folco dari Itali, bukan yang kanan tapi yang sebelah kiri |
Mowgli and 4 African Elephants |
Persembahan dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama yang bertemakan air. Manakala yang kedua rasanya bertemakan terbang-terbang kot. Tema api tak de plak. Ada juga haiwan seperti singa laut, gajah, kuda dan juga anjing buat persembahan. Best memang best. Sampai hilang rasa lapar puasa sekejap. Tapi, penulis DKKC banyak kene tutup/kenyit mata je, sebab banyak sangat part yang boleh ‘menguruskan’ puasa…
No comments:
Post a Comment