Orang zaman sekarang dah kurang gemar buat kuih raya dah. Al maklumlah semua asyik bizi. Aleh2 tunjuk je kat kedai, beli je biskut raya yang dah siap, senang. Tapi kalau dok perantauan ni, kat mana nak beli biskut raya ‘tunjuk’??
So, kena la buat sekut raya sendiri. Tahun ni, ada beberapa jenis kukis raya yang ada dalam list. Maklumlah mengidam ketupat palas tak de, makan biskut raya di pagi raya pun jadi la. Lagipun kot2 ada tetamu datang bertandang, boleh la dihidang dengan kuih raya. Baru ada mood raya sket walau beraya di perantauan.. Ye la takkan nak hidang biskut Oreo plak.
Kalau puan-puan terliur miur nak makan kukis di atas, boleh la mencubanya. Semudah ABCDFG je.
Cranberry Pistachio Shortbreads
Made in Denmark. By The Little Chef Alafiza
Original recipe from : The Joy of Baking
300 g Tepung serba guna
226 g Butter (suhu bilik)
135 g Granulated sugar
1 tsp Vanilla
130 g Pistachio (unsalted pistachios, coarsely chopped)
150 g Cranberry (dried cranberries, coarsely chopped)
Standard Operating Procedure (SOP) adalah seperti berikut;
1. Pukul butter dengan mixer hingga sekata
2. Masukkan gula, pukul dan pukul lagi hingga sebati dan masukkan vanilla
Inilah kacang pistachio. Goreng dulu separa masak. Cranberry tu rasa masam2 manis. Sesuai ngan kekacang |
3. Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan kacau dgn sepatula hingga sebati
4. Masukkan kacang pistachio dan cranberries. Gaulkan lagi
5. Bahagikan doh, lenyekkan, balut dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk (paling kurang 2 jam. Boleh simpan smpi 3 hr)
6. Keluarkan dari peti sejuk. Potong petak2.
7. Bakar selama 15-20 min menggunakan api 160oC
Biskut raya ni memang gerenti sedap. Kalu tak nak try & nak makan je, jom la datang beraya bersama kami di Copenhagen…
>>Blog travelog ni nampak gayanya dah bertukar menjadi blog masakan la plak..huhu
Next post : Cornflakes Crünchy Münchy
Search tag: biskut raya, bisku raya sedap, biskut raya 2013, biksut raya baru
Search tag: biskut raya, bisku raya sedap, biskut raya 2013, biksut raya baru
salam,
ReplyDeletenampak sedap,
nasib baik x mengidam..
Golden Churn punya pasal - Ehhh.. nak kena samak ke?
nampak sedap
ReplyDeleteaku baru nak start buat esok
hehehe
Jom Sign Up Online Survey Dan Tebus Hadiah Anda
@cikgu isza: W'salam. nampak sedap & memang sedap...hehe
ReplyDeleteHans: buat jgan tak buat
ReplyDeleteassalamualaikum...izin share yer saudara...
ReplyDelete@izan: W'salam. Boleh je share
Delete