Wednesday, January 19

Masjid Unik Di Denmark

Membina masjid adalah sesuatu yang normal. Namun, apabila ia dibina di Denmark, iaitu sebuah negara yang dulunya dikecam hebat akibat penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, ia menjadi sesuatu yang  unik dan ‘tidak normal’.
Berita di muka depan akhbar Urban
Pada 18 Januari 2011, saya terlihat berita terpampang di muka depan akhbar Urban yang tertulis ‘København får to nye Moskeer’ (bermaksud Copenhagen mendapat 2 masjid baru). Rupa-rupanya pembinaan 2 masjid di Denmark telah diluluskan. Alhamdulillah
Ulasan lanjut mengenai masjid tersebut
Terdapat lebih 160,000 muslim di Denmark iaitu kira-kiranya 3.5% daripada jumlah penduduknya 5.5 juta orang. Masjid yang sedia ada adalah sedikit dan boleh dihitung dengan hanya menggunakan sebelah jari tangan. Namun, ‘keterbukaan’ kerajaan Denmark wajar dihargai walaupun didebat secara hangat di parlimen dan juga mendapat tentangan masyarakat sekitar.

Masjid yang pertama adalah di Amager
  • Menggunakan senireka moden dan projeck ini diberi nama ‘Det Fastet Batteri’ (The Permanent Battery) mungkin kerana mengunakan pencahayaan sinaran matahari secara unik
    Gambaran kaedah pencahayaan di dalam masjid tersebut
  • Direka oleh firma Architecture terkenal di Denmark iaitu firma Bjarke Ingels Group (BIG) yang popular dengan senireka yang unik dan pelik dengan kerjasama Muslim Council of Denmark
  • Dibiayai sepenuhnya oleh Islamic Federation
  • Mempunyai keluasan 48,437sq ft termasuk ruang solat untuk 3,000 orang, kedai, tempat conference, gallery, auditorium dan perpustakaan
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Sunni yang kebanyakkannya dari Turki
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 93 orang masyarakat sekitar
Masjid yang kedua adalah di bahagian barat laut Copenhagen

  • Menggunakan gabungan senireka budaya Denmark-Iran. Direka oleh Arkitek berasal dari Iran bernama Bijan Eskandani
  • Mempunyai kubah besar berwarna biru setinggi 24m dan 2 menara setinggi 32 m
  • Dibiayai oleh Organisasi Ahlul Bait dari Iran. (Terdapat berita yang mengatakan ia ditaja oleh hartawan dari Iran)
  • Mempunyai ruang solat untuk 2000-3000 jemaah, bilik conference dan perpustakaan serta bilik imam pelawat.
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Syiah yang kebanyakkannya dari Iran
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 1156 orang masyarakat sekitar
Tapi, kedua-dua masjid tidak dibenarkan untuk menggunakan alat pembesar suara/spekar bagi laungan azan (sebahagian daripada perjanjian-syarat pembinaan masjid)

...Harap-harap masjid tersebut dapat dibina dengan cepat, nanti tak perlulah solat di bawah tangga apabila meronda bandar Copenhagen..

9 comments:

  1. Salam. alhamdulillah. harap pembinaan masjid tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Insyaallah.

    senireka yang amat menarik sekali.

    ReplyDelete
  2. segmen blogger perantau sudah ada.. sila lihat..


    http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/01/sahabat-blogger-blogger-perantau.html

    ReplyDelete
  3. hebat masjid yang pertama tu. unik!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. mmg unik sgt2 rekaan yg pertama tu. thumbs up to the architect. smoga diberi hidayah memeluk islam :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga islam semakin diterima dan disebarkan kt denmark..
    jom tgk qis terkena skali lahi~ hohoho
    http://izatulqisteena.blogspot.com/2011/03/aiiyarkterkena-lagi-huk3.html

    ReplyDelete
  6. rekaan macam ni dekat malaysia memang tak jumpa lah masjid macam ni. hehe..

    tapi tak siap dibina lagi kan?

    ReplyDelete
  7. salam, saya sedang menjalankan kajian mengenai masjid bagi tujuan penyelidikan master saya. Harap dapat membantu dengan menjawab 'questionnaire' yang di beri. terima kasih
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...