Nak kata raya sakan tak juga. Tapi ok je. Selama sebulan syawal, ade je open house pada hujung minggu. So, kira meriah jugak la raya kat sini. Tapi pergi ke setiap rumah, muka sama je yang nampak. Ye la, dah tue tu je orang Melayu yang ade kat sini.
Pendek kata semua juadah raya kat Malaysia, boleh didapati di sini. Dari soto, nasi ayam, rendang, nasi himpit, satay, biskut tat gulung nenas (my pebret), rempeyek dan bermacam-macam lagi.. Haha lemang pun..tapi bukan dari buluh daa..mane ade pokok buluh kat sini. Macam astro..macam-macam ada. Tapi satu je tak de kot..ibubapa..hehe. Tapi rasanye ade satu makanan yang aku kempunan nak makan tahun ni, ketupat pulut daun palas yang dibuat oleh nenek saya. Lemak manis..oh sedapnya..
Pada penghujung bulan syawal iaitu pada 10102010, kami sekali lagi ke rumah F & Kak S. Tapi kali ini bukan untuk beraye, tapi sempena sambutan hari lahir anak mereka yang masuk 10 tahun. Ape yang menarik, bukan saje ade sesi potong kek, buka hadiah tapi ade juga aktiviti sukaneka! Ramai ke kanak-kanak Melayu kat sana?? Soalan yang baik. TQ. Sebenarnya tak ramai. pun Ade la lebih kurang 14 orang. Lantaran itu, diwujudkan kategori dewasa (ibubapa). Maka riuhlah suasana pada petang itu. Apa yang pasti sakit perut saya menahan gelak tawa. Dah la makan banyak. Lalu, pada malam itu, saya tidur dengan perut yang sakit..adoii.
No comments:
Post a Comment