Thursday, October 21

Home Sweet Home

Kalau nak diikutkan, ini rumah kedua kami. Selepas berkahwin, kami menginap di Taman Pulai Utama untuk beberapa bulan. Dan, rumah kedua kami ini terletak di Virum berhampiran Bandar Lyngby, di utara bandaraya Copenhagen (tapi tak tahu kenapa org Malaysia kat sini sebut Lumbu). Alamatnya cukup senangnya sekali. Hanya tiga baris. Oleh itu, apabila hendak menulis surat hanya perlu masukkan nama jalan & no bangunan serta poskod & nama kawasan sahajayang diperlukan. No rumah pun tak perlu diletakkan dan sememangnya kami tiada no rumah, yang membezakan antara jiran kami ialah tingkat berapa dan bahagian mana, kiri atau kanan.

Kami menginap dirumah apartment tiga tingkat. Apartment in berbentul ‘L’ yang mana di penjuru tengah ditempatkan beberapa unit kedai. Sebenarnya kawasan yang kami diami adalah amat strategik. Di tengah-tengah pekan Virum. Terdapat kedai runcit yang popular di Denmark  iaitu fakta, kedai kiosk, kedai buku, kedai buah-buahan, kedai DVD, salon dan Kedai menjual daging mahupun stesen keretapi laju adalah sangat dekat. Sebelah rumah kami adalah kedai TV & Radio. Terdapat 2 bank yang berdekatan yang boleh nampak dengan jelas dar balkoni rumah. Dan ape yang penting hentian bas adalah dihadapan rumah kami. Kalau nak lompat dari balkoni untuk kejar bas pun boleh..

Semasa sebelum datang dulu, wife ade kirimkan gambar rumah baru ini yang diberikan agent melalui email. So, aku ade juga tunjuk kat Ma (Mak) kat kampong. Mak kata kenapa rumah tu macam rumah orang puteh..aku jawab memang la rumah orang puteh..hehe. Ya, sememangnya apartment ni cantik. Terasa macam duduk kat Manhattan New York pulak. Ye la, nak masuk blok bangunan rumah nak kene tekan loceng dan interkom serta boleh berinterkasi melalui telefon. Sampai kat pintu rumah ade loceng lagi..Tak ke macam hebat tu. Ye la kat kampong aku dulu tak bende ni.

Orang kata kat Denmark pun ada hantu. Bentuk dan rupanya macam mane aku pun tak tahu dan tak nak ambil tahu. Aku pikir hantu2 kat sini mungkin kene pakai jaket tebal2 sebab kat luar malam2 tu sejuk...Alhamdulillah setakat berada di rumah ini tiada yang pelik-pelik berlaku. Mungkin hari pertama masuk rumah dulu dah diadakan bacaan Yassin. Dan, kami juga gemar mengalunkan (dari lap top) bacaan Surah Al-Baqarah di awal kami berpindah. Tapi ade juga kenkadang terdengar bunyi2 ‘pelik2’ dari tingkat atas..terutamanya pada waktu malam.. Bunyi ape tu..biarlah rahsia...

4 comments:

  1. iye,,rumah itu sgt cantik dan selesa sbb sewanya pun cukup cantikkkk!! :), nway, asal bahagia

    ReplyDelete
  2. Bror...hvordan har du det??

    Hang buat apa kat Kobenhavn??? Hang ada pi Christiana - hippies punya community !

    Farvel...aku pernah dok kat Albertslund for 2 ars..

    ReplyDelete
  3. @aviation: Jeg er fint, Tak!
    Wife tgh samb belajar kat sini. Christiana belum pernah smpi lagi...Ohh pernah dok kat Albertslund ke.. (taler du dansk?)

    ReplyDelete
  4. jeg kan tale lille dansk ikke meget!! Ha ha..dah lama tak practice la bro...

    Macamana pula wife hang boleh sambung belajaq kat Denmark? Which university?

    Btw aku dulu belajaq kat Ingeniorhojskolen i Kobenhavns Teknikum in Lautrupvang, Ballerup - there were 8 of us under MARA sponsorship in 1995 - the 1st and the last batch for Diplom Ingeniour

    do contact me via email @ shaharilannuar@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...