Tiba di Aiport Pengkalan Chepa, selepas beg diturunkan dari kereta. Board departure kat dinding terus blink-blink menunjukkan gate dah dibuka. Fuhh nasib baik on time. Kelihatan Mek, Ayoh (Mertuaku) dah menunggu di bangku. Dah 20 minit mereka menunggu rupanya. Aku terus ke kaunter beratur. Kalau nak diikutkan ini kali ke-6 aku naik flight. 4 kali naik Air Asia, sekali naik MAS. (kebanyakan naik flight sebelum ini atas tuntutan kerja..TQ to my company sebab boleh claim tiket flight..hehe) So, ni naik MAS kali ke-2.Tapi Economy class je. Tapi ape nak buat, tiket free. Terima je.Syukur..
Beg yang dibawa ditimbang di kaunter. Dalam hati aku..jangan la terlebih. (tapi sebenarnya memang dah tahu berat overweight sebab dah timbang kat rumah). Kemudian pekerja MAS yang gempal tu berkata “Encik, beg ni dah 23.8kg. Economy class boleh sampai 20kg je…tapi sebab ni ‘tiket kerajaan’, kita benarkan,”. Lega aku mendengarnya.Tapi kenapa dia kata ‘tiket kerajaan’. Fikir punya fikir mungkin sebab UTM yang bayarkan tiket flight tu. Huhu TQ UTM.T___T
Kemudian, kami terus ke pintu Departure. Selepas episode drama sedih (salam parents). Aku melambai kat parents (termasuk keluarga mertua) dan terus menuju ke tempat pemeriksaan. Dan apa yang pelik aku tak menangis langsung. Sedih ada la sikit tapi gembira dan exicted yang banyak. Maklumla nak gi oversea..
Flight MH1397 menerjah awan petang Kota Bharu dengan tenang. Setelah melencong dengan rendah ke pesisir luar pantai Kelantan, flight terus terbang tinggi di awan biru. Tup-tup dah nampak pokok-pokok kelapa sawit kawasan Sepang menandakan KLIA dan dekat nak sampai. Sebelum mendarat akak pramugari MAS tu sempat mengedarkan kurma untuk berbuka. (biasanya akan diberikan kacang masin, tapi sebab bulan puasa mereka bagi kurma kot). Diberi sebiji, aku mintak dua..hehe. Kurma tu bungkus dengan plastic lutsinar sebiji-sebiji. Aku fikir kos membungkus kurma tu lagi tinggi dari kurma yang dibungkus. Patut la MAS tak untung banyak..banyak pembaziran.
Tiba di KLIA, kakak ke-2 & adik bongsu baru je sampai. Selepas ambik boarding pass di kaunter Singapore Airlines kami terus ke KFC untuk beratur beli juadah berbuka. Maksudnya juadah berpuka puasa aku terakhir di Malaysia adalah dengan KFC..kemudian tiba pula kakak ke-3 aku yang bergegas datang selepas mengajar (Dia mengajar sekolah petang). Kesian, tercungap-cungap. Dah la lambat utk berbuka.
Dan drama sedih episode kedua pun bermula (walaupun aku belum puas makan kfc). Maklumlah tak pernah naik flight antarabangsa di KLIA. Terminal 3 pun tak tau kat mana. So, kene la check in awal. Selepas episode salam-salam aku terus menuju ke terminal mengejar flight untuk transit di Singapore (kapal terbang mana boleh dikejar..hehe).
Setelah sejam transit di Terminal 3 Singapore, pesawat SQ352 ke CPH (Copenhagen) pun berlepas menerjah kegelapan malam (tapi dah kira pagi sebab departure pukul 00:00am). Dalam flight, aku rase aku sorang je Melayu. Bangga pun ade. Flight Singapore Airlines tu penuh dengan minah dan mamat salleh. Aku duduk ditepi tingkap sebaris dengan pasangan couple veteran dari Denmark yang baru balik melancong sekitar asia. Tapi, kiteorang tak berborak sangat sebab pasangan tu tak terror sangat English..cehh macam la aku ni English berabut.. (^_^). Pasangan veteran tu, sangat gemar membaca. Membaca dan terus membaca. Malu aku dibuatnya. Sebab aku hanya berehat (istilah baik bagi tido), menonton wayang skrin di depan mata dan membelek-belek magazine free yang disediakan..dan dalam kesempatan itu sempat juga aku menonton 2 ½ filem hollywood!!
Sejam dua dalam flight, tiba-tiba pramugari datang menegur. “Sir, Are you muslim? Here is meal for you. Aku tergamam.Dan ambik je sebab baru je tersedar dari tido. Rupa-rupanya meal aku dah ade nama (no seat passenger, 41K). Baru, aku teringat yang aku ade bagitau agent semasa booking ticket flight yang aku nak muslim food. Alhamdulillah, berselera aku makan mesh potato+kari daging+sayur campur dan dessert bubur pulut hitam. Tak sangka Singopore Airlines pun ade menyediakan bubur pulut hitam. Sedap pulak tu. Sejujurnya, pada awalnya aku pun pelik kenapa kira-kira 15 minit sebelum tu, para pramugara/i ke hulu-ke hilir menghulurkan kain yang suam. Rupa-rupa kain tu utk membersihkan tangan passenger sebelum makan. Jadi passenger tak payah ke washroom utl basuh tangan. Hehe. Baru aku tahu. Maklumkan la tak pernah naik flight jauh2..
Dan meal ketiga pun tiba (utk breakfast). Aku dapat yogurt+buah-buahan+roti+meat ball+biskut+muffin. Dan tak semena-mena aku terus meneguk fresh oren. Gulp..masam. Dan..dan baru aku teringat aku puasa!! Alamak, aku tengok jam di skrin menunjukan jam 6.05am dan sedang merentasi ruang angkasa Ankara dengan altitude 10846m dengan kelajuan 834km/h iaitu kira 3 jam 10 minit untuk tiba ke CPH. Aku toleh ke tingkap. Alamak dah nak cerah..Setelah berkira-kira nak makan ke tidak..aku tanpa segan silu dengan bacaan bismillah terus meneruskan juadah breakfaskt merangkap berbuka puasa..Oh tidak, aku telah ponteng puasa!! Aku kan musafir??
p/s: panjang sungguh entry nie. Actually dah lama taip..Cuma lambat post sebab tak de internet.
No comments:
Post a Comment