Thursday, October 21

Majlis Berbuka & Housewarming

Pada 04092010 aku dan wife berpakat untuk sewa kereta untuk shopping di IKEA. Dengan bantuan orang lama (Abg K), kami pun menempah sebiji kereta Ford Focus 1.6 model S-Max jenis MPV untuk 24 jam dari Europcar. Harganya adalah 939 kr (RM  548). Kate diorang harga ni dah dikira cukup murah memandangkan km yang dibenarkan adalah unlimited (terdapat sewaan kereta yang menghadkan km tertentu misalnya hanya 200km. Kalau lebih km kena bayar tambahan/perkm). Lagipun kereta tu besar sket, jenis MPV.
Sebelum ke IKEA di Gentoffe, kami singgah sekejap (lama sebenarnya hampir 2 jam) membeli aka memborong barang2 dapur seperti daging, nudget, beras dan mcm2 lagi di Full House (macam tajuk citer korea plak) dan central market. Di IKEA, kami memborong dengan sakannye. Method yang digunakan adalah jenis simple+senang dipasang+mudah disimpan+dan setentunya yang paling murah. Dalam masa sejam suku je dah penuh 3 troli (1 troli biase, 2 troli saiz besar). Disebabkan majlis housewarming/berbuka puasa/bacaan yassin diadakan pada malam tu, kami terpaksa memadamkan niat utk shopping lagi. (Cehh..padahal dah abes budget).

Setibanya dirumah baru, askar-askar penolong (Sdr A, Sdr C, F & Abg S) dah bersedia menolong. Dalam dalam sekelip mata (tipu la kalau sekelip mata je) semua perabot (mcm la byk sgt perabot) dan siap dipasang. Meja makan, sofa, side table, almari mini, langsir siap dipasang. Cantik juga langsir yang dibeli dari Jusco Tebrau. Tak sia2 angkut masuk beg hari tu. Made in Malaysia la katakan. 

Rumah tu memang kosong. Tiada apa-apa. Tapi nasib baik dah semi furnishes. Dapur+Oven dan peti ais dah ada. Baru pulak tu..Dan yang paling best ada dish washer (tak pernah pun aku pakai dish washer seumur hidup aku..huhu) dan mesin basuh pun ade sekali termasuk la dryer. So, bende ni tak perlu la kami beli. Save skit duit.

Selepas bacaan yassin dan doa selamat, diadakan pula sambutan birthday anak Abg K & Kak Z. Kesian juga, x de lilin kek. Tapi nasib baik ade yang creative. Acara tiup lighter je..haha. Sepatutnya Birthday aku pun patut disambut pada mlm tu, ye la baru belated birthday satu hari. Tapi, tak pe la dah besaq..umur tu hanya angka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...