Tuesday, October 19

Langkah pertama

Penerbang menerusi Singapore Airlines sepatutnya mengambil masa 12 jam 50 min. Namun kerana tiada halangan cuaca, aku telah selamat tiba di bumi Denmark sejam lebih awal. Setelah keluar dari ruangan flight dan terus beratur untuk mengambil beg, hatiku berkata..macam ni je Copenhagen Lutfhavn (airport)? Macam biasa je. Dalam kotak bayangan fikiranku airportnya mestilah canggih-manggih, maklum la negara maju. Tapi betul-betul macam biasa je. 

Sementara menunggu beg keluar dari roller bergerak, tiba-tiba telinga terdengar sesuatu..seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang aku fahami..rupa-rupanya seorang mak cik Indon (tapi gayanya seperti Akak Indon, dressing maut) bercakap dengan tuannya. Dan seorang Bibik rupanya. Aku memandang, dia terpandang dan tersenyum. “ Selamat siang,” kata ku. Dia tersenyum tanpa kata. Nampaknya setengah jam tiba di bumi asing aku telah kerinduan bahasa melayu.

Seperti yang dijanjikan, aku menunggu dan terus menunggu (15 min je) di depan Starbucks ketibaan orang yang menyambutku..isteri tersayang. Dari jauh terpancar raut kegembiraan di wajahnya setelah 24 hari tak bertemu..dan drama episode gembira pun bermula..

Sementara isteri saya berbaris membeli tiket keretapi laju, aku keluar menerusi salah satu pintu di mainhall tersebut dan buat pertama kalinya menghirup udara Copenhagen.. fuhh sunguh nyaman dengan angin sejuk menghembus muka, terasa hilang penat duduk berjam-jam dalam flight.

Dengan badan yang keletihan, aku menolak beg2 yang dibawa ke dalam train dan melihat sekeliling. Betul-betul macam rusa masuk kampong. Hatiku berkata, kenapa rumah orang Denmark petak2 je..huhu.
Tiba dirumah penginapan (menumpang di rumah warga Malaysia), aku dengan macho berlagaknya tidak penat dan akhirnya tumbang jua dari jam 4 ptg ke 8.45 mlm. Dan secara rasminya jet lag pun bermula dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...