Setiap yang perjalanan mempunyai permulaan. Pengembaraanku bermula pada 1 September. Abah dan Ma menghantar aku ke Lapangan Terbang Ismail Petra, Kota Bharu. Tiket MAS yang diperolehi akan bertolak pada jam 1630, namun kami bertolak dari rumah awal sket takut lambat nak check barang. Sempat juga aku mengerling rumahku, sebelum kereta Myvi putih yang dipandu Abah keluar dari pintu pagar rumah. Sayu jugak rasenye dalam hati..semoga aku selamat kembali ke rumah.
2 hari sebelum bertolak kami sekeluarga mengadakan sedikit majlis berbuka puasa disamping mendoakan perjalanku. Sebanyak 14 hidangan (tale’) disediakan. Ramai jugak yang datang, sedara dan jiran tetangga. Ma memasak lauk seperti permintaanku, gulai kuning telur itik. Jenuh jugak Abah pusing satu kampung cari telur itik. Nasib baik ade, tu pun sedikit je, 38 biji=RM15.
Semua barang yang aku kira penting aku bawa. Termasuk la sambal daging, sambal ikan dan keropok. Sehari sebelum sekotak barang dah dipos menerusi laut, Biasanye sampai dalam 4-5minggu. Mahal jugak kosnya, 1 kotak seberat 12.9 kg kene RM 73. Tapi berbaloi kot, semua barang-barang kering, rempah ratus, perencah knorr, kiub tom yam dan mcm-mcm lagi aku pos, termasuk la photo album perkahwinan kami..hehe
No comments:
Post a Comment