Monday, January 31

Travelog to Helsingborg, Sweden

Kalau hari tu, kami cruise ke Oslo, Norway, kali ni kami naik feri je ke Helsingborg, Sweden. Jarak di antara Helsingør (Denmark) dan Helsingborg (Sweden) hanyalah 6.4km, iaitu hanya 20min menaiki Scandlines ferry dengan return ticket berharga 48kr (RM27)/per person.
Berikut rentetan travelog selama 4½ jam  ‘Jalan-jalan Cari Pasal ke Helsingborg’.

Bertolak dari rumah ke stesen keretapi berdekatan-Virum Station
Menaiki Regional Train dari Hellerup ke Helsingør (40 min)
Membeli tiket dan menaiki ferry ke Helsingborg, Sweden. (Terlepas ferry jam 9.40am dan terpaksa menunggu next departure jam 10.10am)
Tiba di Jetty (Nåsta avgång=Next departure in Swedish)
Mula meronda-ronda di sekitar bandar Helsingborg
Window shopping di Kullagatan Road (Street Mall)
Kembali ke Jetty Helsingbor untuk kembali ke Denmark
Selamat tiba di Jetty Helsingør, Denmark
Menaiki train kembali ke Virum setelah melawat Kronborg Castle
Antara ‘best catch’ sepanjang berjalan-jalan di bandar Helsingborg adalah terjumpa ‘Restaurang Malaysia’ (ejaannya memang ada ‘g’-bahasa Swedish bukan bahasa Teganu ya!). Semasa tengah mengambil gambar restaurang tersebut, keluarlah tauke kedai itu yang sedang sibuk baru nak start business (meletakkan tanda harga ‘special menu today’ & bendera jalur gemilang) sambil pelik melihat kami.
“Is it open now?” Tanya saya dalam bahasa orang putih.
“Sekarang, buka..” Jawab tauke restaurant itu dalam bahasa Malaysia.
Menurut tauke yang berasal dari Negeri Sembilan itu, kedainya mula beroperasi sejak tahun 2010 dan menawarkan menu masakan dari Malaysia. Senarai menu dilabelkan dengan 3 bahasa iaitu BM, English & Swedish. Antaranya Satay Ayam (Kycklingsatay), Sambal sotong (Bläckfisk I Röd Sambal), Itik Black peper (Grillat Ankbröst med ‘vitlök & sweet chili’) dan Rendang Daging (Biff Rendang).
Namun, kami tidak menjamu selera di situ kerana
1)   Nasi goreng (Stekt Ris) & Mee goreng (Wokade Nudlar) pun dah 99 SEK (Sweden Kroner)=RM46.40 satu pinggan
2)   Walaupun namanya restauran Malaysia, namun tauke dan tukang masak adalah berbangsa cina, dan kami khuatir dengan jaminan kehalalnya. Label Sup Ayam (Kyckling Soppa) disalah label dengan Froglegs Sup menambahkan curiga kami. (Restaurant tersebut juga tidak ada dalam list Zabihah.com)
Sebelum pulang, kami sempat menziarah salah satu tapak warisan UNESCO iaitu Kronborg (borg=castle/palace) berdekatan dengan Helsingør Station. Kronborg adalah unik kerana merupakan tempat yang menjadi inspirasi kepada Wiliam Shakespeare bagi kisah popular ‘The Tragedy of Prince Hamlet’. Sekaligus melengkapkan senarai castle di Denmark yang kami ‘perlu’ lawati. Semua castle yang lain (Frederikborg, Rosenborg, Amalienborg & Christianborg) telah pun dijajahi. Next target adalah mungkin Fredensborg.

Friday, January 28

Du er Godt!

Du er godt! Siger Karin til mig (“You are good,” said Karin (Our Teacher) to me). The words that make me smile for the whole day. Finally, my ‘little battle’ in learning Danish language for Module 1 comes to the end. Now, I   successfully can move to the next stage-Module 2.

I had to study hard smart at last two days for this test, which is taken only 10 minutes! It’s just oral/interview test which we need to speak in Danish with the assessor. A few minutes for presentation and other few minutes for dialogue base on a picture given.

In general, I must say that my Danish language was improved. Therefore, I can understand a simple sentence in the newspaper or news on TV. Even now I can communicate fluently in Danish with my wife  (because she also doesn’t know Danish..haha). However, I'm still struggling to pronounce Danish word with 'ø', 'å', 'ӕ' with correct pronunciation.

The good thing is I also can enhance my broken English as I need to communicate with other classmates during the break (illegally-not allowed by teacher!) as everybody in the class also new in Danish. I love to meet a new friend for other countries. It’s look like I'm study in a international school... (tapi jenuh jugak kene terangkan kat diorang ni bila asyik tanya kenapa saya tak boleh sentuh anjing & tak leh minum arak..)
My classmates during last day of Module 1
From Left: Imran (Kelate), Mengning (China), Dina (Egypt), Sonja Struwig Lorje (South Africa), Neetu (India), June (Korea), Pat Puttimettipanan (Thai), Elena (Rusia), Yasmeen Taj (India), Alice (England), Puspita (India), Laxmi (Nepal) & Carlos Ramos Fernandez (Costa Rica).
Not in picture: Pippa (England), Emily (New Zealand), Flores (France), Corrado (Italy), Annete (Hungary) & Mila (Serbia)


…Tiba-tiba je buat entry speaking London plak..hehe

Wednesday, January 19

Masjid Unik Di Denmark

Membina masjid adalah sesuatu yang normal. Namun, apabila ia dibina di Denmark, iaitu sebuah negara yang dulunya dikecam hebat akibat penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, ia menjadi sesuatu yang  unik dan ‘tidak normal’.
Berita di muka depan akhbar Urban
Pada 18 Januari 2011, saya terlihat berita terpampang di muka depan akhbar Urban yang tertulis ‘København får to nye Moskeer’ (bermaksud Copenhagen mendapat 2 masjid baru). Rupa-rupanya pembinaan 2 masjid di Denmark telah diluluskan. Alhamdulillah
Ulasan lanjut mengenai masjid tersebut
Terdapat lebih 160,000 muslim di Denmark iaitu kira-kiranya 3.5% daripada jumlah penduduknya 5.5 juta orang. Masjid yang sedia ada adalah sedikit dan boleh dihitung dengan hanya menggunakan sebelah jari tangan. Namun, ‘keterbukaan’ kerajaan Denmark wajar dihargai walaupun didebat secara hangat di parlimen dan juga mendapat tentangan masyarakat sekitar.

Masjid yang pertama adalah di Amager
  • Menggunakan senireka moden dan projeck ini diberi nama ‘Det Fastet Batteri’ (The Permanent Battery) mungkin kerana mengunakan pencahayaan sinaran matahari secara unik
    Gambaran kaedah pencahayaan di dalam masjid tersebut
  • Direka oleh firma Architecture terkenal di Denmark iaitu firma Bjarke Ingels Group (BIG) yang popular dengan senireka yang unik dan pelik dengan kerjasama Muslim Council of Denmark
  • Dibiayai sepenuhnya oleh Islamic Federation
  • Mempunyai keluasan 48,437sq ft termasuk ruang solat untuk 3,000 orang, kedai, tempat conference, gallery, auditorium dan perpustakaan
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Sunni yang kebanyakkannya dari Turki
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 93 orang masyarakat sekitar
Masjid yang kedua adalah di bahagian barat laut Copenhagen

  • Menggunakan gabungan senireka budaya Denmark-Iran. Direka oleh Arkitek berasal dari Iran bernama Bijan Eskandani
  • Mempunyai kubah besar berwarna biru setinggi 24m dan 2 menara setinggi 32 m
  • Dibiayai oleh Organisasi Ahlul Bait dari Iran. (Terdapat berita yang mengatakan ia ditaja oleh hartawan dari Iran)
  • Mempunyai ruang solat untuk 2000-3000 jemaah, bilik conference dan perpustakaan serta bilik imam pelawat.
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Syiah yang kebanyakkannya dari Iran
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 1156 orang masyarakat sekitar
Tapi, kedua-dua masjid tidak dibenarkan untuk menggunakan alat pembesar suara/spekar bagi laungan azan (sebahagian daripada perjanjian-syarat pembinaan masjid)

...Harap-harap masjid tersebut dapat dibina dengan cepat, nanti tak perlulah solat di bawah tangga apabila meronda bandar Copenhagen..

Tuesday, January 18

Købe ind på IKEA Gentofte

Hmm..tajuknya macam best (dalam bahasa Danish). Maksudnya 'Shopping at IKEA Gentofte' la. Gentofte tu adalah nama tempat, bukan nama ubi ya. Semalam, sejarah telah tercipta apabila buat kali pertama kami ‘melawat’ IKEA pada waktu malam (sebenarnya baru pukul 5pm, tapi dah malam dah kat sini).
Bekas tempat susu & gula..Hmm nak beli ke tak? Tak ke beli?
Survey dapur untuk rumah kat Malaysia?
Kalau nak fikirkan, memang tak aci kerana IKEA kat Malaysia ada sebiji je (untuk populasi rakyat 28 juta) berbanding di Denmark, ada lima buah untuk 5.5 juta rakyatnya. Tapi ok la berbanding tempat asal IKEA iaitu di Sweden yang mempunyai 17 buah rangkaian store IKEA. Yang lebih tak aci adalah German yang mempunyai 45 buah rangkaian IKEA!. Tapi kat Malaysia pun nanti akan dibina lagi di JB, Penang dan satu lagi di KL.
Pokok Getah, Pokok Kelapa dan Pokok Pisang pun ada jual kat IKEA. Episod drama rindu Malaysia pun berlaku
Tahukah anda nama IKEA di ambil sempena nama apa? Adakah nama singkatan? Adakah nama orang? Atau adakah nama tempat? Betul. Betul & Betul. Sebenarnya adalah nama singkatan iaitu Ingvar Kamprad-nama pengasas dan Elmtaryd & Agunnaryd (nama tempat pengasas tersebut di besarkan di selatan Sweden)..Ohh ingatkan Ikatan Kedai Ekonomi Antarabangsa.
Misi mencari Rak Kasut tercapai
Shopping di IKEA merupakan sesuatu yang wajib di sini terutama bagi orang yang baru pindah. Sebab utama adalah kerana hanya di IKEA saja barangan yang mampu  dan berbaloi dibeli di Denmark. 86.4% barangan di rumah kami di beli dari IKEA. Sebut saja barang apa, semua IKEA. Namun, yang pasti walau makan pakai pinggan cap IKEA, sudu cap IKEA tapi makan nasi tetap dengan kicap cap kipas udang dari Malaysia.
Jam yang wajib ada dalam setiap rumah rakyat Malaysia di Denmark (15kr=RM8)
Dan barangan ‘Best Buy’ yang dibeli semalam adalah Tokig Salad Spinner. Dah lama mencari benda nih. Asyik tengok Jamie Olier je guna kat tv. Maklumlah susah nak jumpa ulam pegaga sekarang, hari-hari makan salad je la. Berdasarkan analisis dan kajian didapati harganya lebih murah 38.5% berbanding IKEA Damansara. Harga salad spinner di IKEA Denmark adalah 19kr (RM 10.40) dan di IKEA Malaysia adalah RM 16.90. 
Tokig Salad Spinner

Friday, January 14

Gambar 2 Alam

Kalau tempoh hari, gambar panorama alam area apartment kiteorang, kali ni giliran gambar-gambar sekitar kawasan kediaman kami pulak. Gambar-gambar perubahan 2 alam. Alam sebelum winter dan juga selepas winter.

Harap-harap anda dapat turut merasai berbedaan sebelum dan semasa winter di sini. Memang cantik apabila dapat melihat perubahan dari masa ke semasa. Macam National Geographic la plak. Terkasima sekejap memerhati keindahan buana.

Ok. Layanz..

Pemandangan di sekitar Tasik Furesø dan Taman Frederiksdalvej
...next time boleh cukupkan gambar 4 musim plak kot

Wednesday, January 12

Dalam Diam Ada Bunyi-Pengalaman Pahit Saya

    'Sepahit-pahit Kopi Sri Langka, Pahit Lagi Pengalaman Saya'


Ceritera Kisah Benar ini bersempena Segmen Pengalaman Pahit Saya-PPS dan  mungkin akan digunakan Steven Spielberg untuk filem terbarunya 'Indiana Jones and the Secret Gas'.
Detik: 12.05 tengahari waktu Denmark, 7.05pm waktu Malaysia.
Lokasi: Stesen S-Tog (Train) Hellerup, Denmark (55°73'86"N, 12°5'26"W)

Mentari enggan muncul sekali lagi. Mendung bertandang tanpa diseru. Sayup-sayup bunyi dari kejauhan menandakan ketibaan keretapi yang tidak lagi mengunakan api untuk bergerak. Keretapi  S-Tog berlabel 'B' ke Holte itu bertandang menepati waktu jadual di dinding. Aku terus menerjah ke salah satu gerabak dan mendamparkan diriku di ruang tempat duduk yang masih kosong di sebelah Pak Cik Salleh. 

“Goddag.” Tegurku ringkas dalam Bahasa Danish. Pak Cik bermata biru itu hanya tersenyum menampakkan gigi yang rompong di bahagian bawah, menjadikan dia hanya mempunyai 30 batang gigi sahaja. 

Keretapi bergerak terus pantas mengelunsur di atas laluannya. Namun tidak sepantas kereta Ferrari. Setiap saat berlalu tanpa perlu dikira. Perjalanan selama 1080 saat ke stesen S-Tog virum itu tidak kualpakan walau sedetik.

Dari kejauhan (sebenarnya hanya 4 ela) kelihatan Mak Cik Salleh leka membaca akhbar. Tanpa dipaksa, aku mengambil suratkhabar percuma MetroXpress. Kubelek-belek tekun, lagak bagai memahami Bahasa Danish yang baru kupelajari sebulan setengah. Tiba dihelaian Sudoku, termangu daku seketika memikirkan angka yang perlu diletak.

“Apa susahnya, kan dah tahu jawapan. Masukkan je la no 1 hingga 9.” Terngiang-ngiang kata-kata kawanku suatu ketika dulu di gegendang telingaku tatkala membuat sudoku.

Tiba-tiba, cuping telingaku mendengar suatu. Bunyi yang perlahan hampir 34 desibel  itu menghasilkan resonans yang panjang. Namun, pitchingnya lari sedikit.

Dalam masa kurang 13 saat, semerbak bauan pelik terus menerobos masuk ke rongga hidungku. Kelihatan 8 pasang anak mata terus menjeling padaku. Aku membuat muka 30sen. Rupa-rupanya Pak Cik Salleh bermata biru itu melepaskan gas Hidrogen Sulfida secara rahsia. Bauan yang mencemarkan udara dan meningkat kadar Air Pollution yang mungkin boleh menipiskan ozon.

Train tiba di Stesen S-Tog Virum. Aku bergegas ke pintu. Langkahku laju keluar menjejak platform dengan perasaan yang kurang senang.
Dalam sanubariku berkata “ Bukan aku yang kentut!,”
Aisey..kenape tak de lambang ni dalam train??



....Moral of the story : Jangan melepaskan angin merata-rata, nanti orang lain ditimpa malu.

Monday, January 10

Jom Ke Bibliotek!

Bibliotek? Ianya bukan nama kuih, bukan nama saintis dan juga bukan nama rancangan tv. Nak tahu? Perpustakaan la. Di Denmark banyak tempat yang ade ‘tek’. Contohnya, Apotek (Farmasi), Fotek (Rangkaian Pasaraya) dan banyak juga company yang mempunyai nama dengan akhiran ‘tek’ (kerana bermaksud teknikal).
Lyngby Stadsbibliotek
Menziarah ‘bibliotek’ merupakan amalan rutin bagi saya. Ketandusan bahan bacaan yang boleh di baca (english version) memaksa saya melawat Lyngby Bibliotek dengan agak kerap. Perpustakaan yang terletak 3.4km dari rumah hanya mengambil masa kurang dari 10 min dengan menaiki bas #170 dengan kadar pencemaran udara 0.48kg CO2 (emission of green house gases) bagi perjalanan sehala.

Selain daripada program kebudayaan seperti menonton teater dan mendengar orkerstra, masyarakat di sini turut gemar membaca. Budaya membaca adalah budaya hidup mereka. Akulturasi dan pembudayaan ilmu dipupuk dari kecil lagi agar menjadi satu budaya yang mapan. Ya, mereka memang etnosentrik dan gemar mengakomodasikan budaya mereka. (berapa banyak budaya daa. Ape aku merepek ni. Korang faham ke??)

Di mana saja mereka berada, ada buku di tangan. Pernah ternampak seorang lelaki di stesen keretapi bergaya skinhead, berambut trojan, bersubang di kening dan bibir serta bertatu naga di lengan, namun dengan selamba membaca romance novel. Tak ke ganas tu?
Ruang lobi...Cuba teka yang mana satu bendera Denmark?
Ruang legar tempat exhibition. Terdapat TV untuk bermain games.
Perpustakaan yang biasa saya kunjungi ini agak moden. Lobinya sempoi berdekorasi ruang tamu rumah siap ada gambar Marilyn Monroe di dinding. Terdapat troli dan bakul (seperti pasaraya) yang membolehkan pengunjung ‘memborong’ buku-buku yang ingin dipinjam dan dibaca. 

Bahagian kanak-kanak
Terdapat juga ruangan kanak-kanak yang lengkap dengan permainan yang sewaktu dengannya. Yang tak bestnya kebanyakan buku dalam bahasa Danish dan hanya terdapat 3 rak buku berbahasa Inggeris. Buku-buku pulak dah tahap lapuk.
Nasib baik ada ruangan magazine yang berderet-deret. Boleh la belek latest edition majalah Times, Newsweek dan The Economist. Café juga berada dibucu Library yang membolehkan pengunjung menghirup kopi panas tanpa gula dan mengunyah sandwich sambil leka membaca. Selain itu terdapat juga koleksi puluhan ribu dvd, cd, cakerapadat lagu-lagu dari rock kapak & gergaji hinggalah Hip Hop Horray serta Jazz. Terdapat juga pelbagai DVD filem dan games (macam kedai CD plak) yang boleh dipinjam. Yang penting DVD cerita terbaru Hindustan pun ada!
Orang sini pun layan Hindustan ke? Ayoyo

….Teringat petikan kata-kata Aung Suu Kyi dalam edisi terbaru majalah Newsweek “I want to do as much as I can while I’m free…but we never know how much time we have”. So, ape lagi Iqra’!

Sunday, January 9

Imam Muda Musim Kedua Lebih Global


Imam muda musim kedua akan menjadi lebih global. Penyertaan Imam Muda musim ke2 akan di buka kepada muslimin dari seluruh dunia. Penyertaan dari pelbagai negara sudah pasti akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan peserta.

Imam Muda Musim Pertama iaitu rancangan program reality terbitan Astro Oasis dengan kerjasama JAWI telah menjadi fenomena apabila mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Kebanyakan negara luar memuji kewujudan program reality tv sebegini yang memupuk nilai-nilai moral dan budi pekerti mulia disamping mendalami ilmu Islam.
Berita Imam Muda musim pertama sampai ke Denmark
Malahan, turut mendapat liputan hingga ke Denmark. Berita kemenangan Imam Muda musim pertama, Sdr Muhammad Ashraf Ridzuan muncul di dada akhbar ‘metroXpress' pada 13 August 2010 yang lalu.
metroXpress- akhbar percuma dalam train setiap hari minggu (pic from here)
Info Imam Muda Musim Kedua

-Program Imam Muda musim kedua dijangka disiarkan secara rasmi mulai 25 April 2011
-Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz masih dikekalkan sebagai Mudir.
-Setiap calon antarabangsa beragama Islam berumur antara 18 dan 27 tahun yang berminat mestilah berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama.

Anda berani? Jom join!!
Sesi uji bakat di jemput hadir ke lokasi-lokasi berikut:

22 –23 Januari 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari 2011: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

>Kriteria masih lagi seperti musim pertama iaitu lelaki, beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

>Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam.

Sumber:


....Tengah tunggu Imam Muda versi Denmark..kui2 

Friday, January 7

Selamatkah Jalan Raya di Malaysia?


Salah satu perbezaan ketara apabila melintas jalan di Malaysia dan di Denmark ialah anda boleh sewenang-wenangnya melintas jalan di zebra crossing dengan 96.52% yakin tidak akan dilanggar. Pemandu kereta di sini sangat takut kepada pejalan kaki. Jika tidak diberi laluan maka kereta tersebut boleh dilaporkan dan boleh dikenakan saman.
Zebra crossing??
Statistik kemalangan 2010 di Denmark (bagus betul depa, baru 6 hari di tahun 2011, statistik 2010 dah siap) menunjukkan penurunan jumlah kematian akibat kemalangan iaitu hanya 267 orang berbanding tahun 2009 (303 orang). Yep, 267 orang meninggal setahun bukan seminggu, OK!

Namun, jika dibandingkan dengan Malaysia, angkanya lebih mengujakan. Pada tahun 2009, berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.
Red Light di Wangsa Maju. (Pic from Sunsurf)
Laporan Status Global mengenai Keselamatan Jalan Raya 2009 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia menduduki tempat ke-46 daripada sejumlah 172 negara daripada segi catatan jumlah kematian akibat kemalangan melibatkan setiap 10,000 kenderaan berdaftar.

Pada 2009,  23.8 kematian berlaku bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia, iaitu 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden, Denmark dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk Denmark.
Banyak kereta masuk tergelincir bila snow di sini (pic from here)
Sumber : MIROS 

….18 orang mati di jalan raya setiap hari di seluruh Malaysia, tidak ramai yang peduli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...