Sekarang aku dah berada di Module 3 bagi Kelas Bahasa Danish. Module 3 bermaksud ‘moderate’. Setelah berbulan-bulan mengharungi module 1 (beginner) dan module 2 (intermediate), aku mula berani merajinkan diri ke sesi ‘sofasnack’ pada setiap Selasa. Sofasnack adalah aktiviti borak-borak bersama sukarelawan warga tua dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dalam berbicara dalam bahasa Danish.
Dan tiba giliran seorang Nenek tua bernama Otte Olsen yang gigih datang bersama tongkatnya. Walaupun aku kira, dia baru berumur lingkungan 75 tahun, namun dia masih lagi pandai bergaya dan mengenakan mekap yang nipis dan fesyen yang bersuaian mengikut tahap umur.
Sementara pelajar lain mengambil kerusi memasuki bulatan, Nenek Otte Olsen mula bersuara.
“Hvor mange lander kursister kommer fra i dag? (how many countries, student came from today?)
Dia tanya setiap orang. Seorang demi seorang. Ada 18 orang kesemuanya. Dan tiba giliran aku..
Aku sengaja berdiam diri. Semacam kuiz, suruh Nenek Otte tu meneka.
“Er du fra Kina? (Are you from China?)” Tekaan Nenek Otte
Aku mengeleng kepala ke kiri dan ke kanan. Berfikir sejenak, muka aku ada Chinese look ke?
“Er du fra Indonesien? (Are you from Indonesia?)” Teka Nenek Otte lagi
“Nej (No).” Jawabku ringkas
Seorang mamat Hungary bergegas ke Library bersebelahan. 30 saat kemudian datang membawa sebiji (ke sebuah?) glob. Kalau ada duit lebih, memang aku bagi kat dia..rajin bebenor.
Lantas aku ambil Glob dan tunjukkan kat Nenek Otte, mana letaknya Malaysia. Siap tunjuk mana Indonesia, Singapore dan Thailand.
Dia terdiam tanda faham. Tapi tiba-tiba mencelah
“Ahh..Du kommer fra Bali! (Oh..you came from Bali)”
Pelajar lain senyum. Aku jawab je “Ja (yes)”. Malas dah aku nak layan.
Apepela Nek! Getus hatiku
--------------------------------------
Suatu tengahari yang tenang di Pasaraya kecil bernama Netto di kawasan Sorfgenri.
Aku melilau mencari seekor ayam untuk dibawa balik dan dimasak gaya kepsi. Tiba di kaunter bayaran, dengan penuh keyakinan tahap riak aku cuba berbahasa Danish dengan Minah Salleh cashier itu.
“Hvad koster er det? (How much is that?)“ Soalku berhemah
“Det er 39.95kr. Noget andet? (It is 39.95kr. Anything else?)” Tanya Minah Salleh cashier.
“Nej. Det er kun Kylling i dag (No, it's only chicken for today)” Jawabku lancar
Cashier Minah Salleh itu memberi resit sambil berkerut dahi. Aku berlalu.
Alamak..alapak..tetiba baru tersedar aku tersebut Kyling (chicken) dengan sebutan Killing seolah aku hanya nak membunuh.
Patutla Pak Cik Salleh dan Mak cik Salleh kat belakang tadi pandang semacam je. Aku terus bergegas melarikan diri keluar dari situ dan memecut laju dengan kejuan 23km/hr dengan bas..ikal.