Sunday, July 31
Harapan Ramadhan al- Mubarak 1432H
Harapan Ramadhan
(Oleh Man Bai & Raihan)
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah. Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada dibulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Thursday, July 28
Mehnah dan Tribulasi Perjalanan
Siri Kembara Jelajah UK : Episod 5 (Akhir)
Hari 6: Larian Marathon ke Airport yang mendebarkan
Lokasi : Swansea Market>Debelhams Outlet>Marina Bay>National Waterfront Museum>Airport Gatwick
Pasca memulangkan kereta pinjaman di Europcar cawangan Swansea, kami pun berjalan kaki meneroka kawasan bandar Swansea. Besar jugak bandarnya, ingatkan kecil je. Tempat pertama yang dituju adalah Marchnad Abertawe (Swansea Market). Semua barangan boleh didapati disitu, dari buah-buahan, sayuran, makanan laut, segala jenis daging termasuk la b*bi, barangan dapur dan lain-lain semuanya dibawah satu bumbung. Bersih betul pasar kat situ.
Seterusnya kami merayau pulak ke sebuah komplek pasaraya yang menempatkan gedung Debenhams berhampiran. Harganya boleh tahan. Nama je sale. Nampak murah sebab dalam pound. Bila dikali 5 dan diconvert ke RM, mahal jugak barang-barang kat situ.
Tengah mencongak nak beli ke tak barang Royal Albert ni.. |
Oleh kerana tiket keretapi yang ditempah untuk ke Airport adalah jam 12.05 tengahari, kami berkesempatan pula melawat Amgueddfa Genedlaethol vGlannau (National Waterfront Museum) berdekatan Swansea Marina Bay. Besar jugak museum tu. Tapi tak sempat nak pusing habis sebab takut tertinggal train. Sengaja kami menempah tiket agar tiba lebih awal iaitu 2 jam setengah dari waktu ‘boarding time’ dengan jangkaan tiba jam 5.55pm.
Swansea National Waterfront Museum |
Dengan bantuan rakan, tiket ditempah secara online. Dari Swansea, kami menaiki keretapi ‘The Great Western Railway’ (GWR) untuk terus menuju ke Airport Gatwick, London. Mahal jugak harga tiketnya iaitu £29 (RM140) untuk seorang dengan dua kali menukar train di Reading. Trainnya agak selesa (tak bising) serta luas walaupun kelas ekonomi. Ada beberapa seat yang ada papan screen entertainment kat belakang kerusi. Dah macam dalam flight. Tapi, yang tu lain harga kot.
Train GWR dari Swansea ke Reading |
Benarlah kata madah pujangga, manusia hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Perjalanan lancar seperti yang dirancang tidaklah lama, tiba di Didcot Parkway (satu station sebelum Reading), train yang dinaiki tiba-tiba berhenti. Lama. Tidak bergerak. Hati mulai runsing. Ape ke halnya ni?. Tiba-tiba announcement diumumkan yang memaklumkan ada kemalangan dilaluan keretapi. La, time2 cam ni la nak ada accident plak..(nak buat macam mana, dah memang fitrah kehidupan, yang tidak dapat lari dari cabaran dan dugaan).
Train was canceled at Didcot Parkway |
Kami terpaksa menukar train lain ke Reading. Train penuh sesak dengan orang ramai. Tiba di Reading, train yang sepatutnya dinaiki sepertimana yang tertera pada tempahan tiket telah pun berlepas dan memaksa kami menaiki train mana yang ada. Dan train tu plak tak tahu menghala ke mana. Dalam kekalutan, main redah je sebab no platform dah betul. Dan mujurlah arah train yang dinaiki betul walaupun terpaksa menukar train sekali lagi pabila tiba di Station Redhill.
Namun, ingatlah dah boleh bernafas lega, rupa-rupanya cabaran belum tamat di situ. Train yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan enjin plak. Malang sungguh. Nasib baik ada 2 enjin. Tinggal satu enjin yang ok. Lantas memaksa train bergerak setara kelajuan basikal. Dup-dap jantung berdegup. Peluh kerisauan mula memercik di dahi. Takut tak sempat naik flight.
Akhirnya tepat jam 7.15pm kami tiba di Gatwick Airport, London walhal departure time 8.10pm. Mujurlah counter check in masih belum ditutup. Rasenya kami la orang yang last kot. Tiba di security check orang tengah berbaris panjang. Dah la tengah testing mesin baru. Laju sket dari siput. Tiba turn time barangan penulis DKKC di-scan, mesin tiba-tiba berhenti. Ada la 3/4 minit. Rosak rupanya. Ingatkan ape bende depa nampak kat dalam backpack tu. Maklumla security check kat UK memang banyak cekadaknya. Risau la jugak.
Setel je di security check, apa lagi, berlari-lari la kami di Terminal South tu bak adegan dalam filem (hero mengejar heroin yang nak naik flight). Alhamduillah rezeki adalah dari Allah. Kami sempat jua sampai pada waktunya dan sejurus kemudian barula gate open..Kalau tidak, tak tau la macam mana, mungkin bermalam di Airport kot.
Pelangi muncul selepas hujan mendamaikan jiwa yang keletihan setelah berkejaran ke Airport |
Maka tamatlah rentetan travelog 6 hari ke UK. Orang kata jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman (dan juga perabih duit..). Mungkin ada benarnya. Pengalaman mengajar erti mehnah dan tribulasi kehidupan agar menjadi insan yang lebih baik. perhh macam ayat cerekarama plak.. hihi
Tips Melawat Tempat Menarik di UK
Previos post: Tempat Menarik di Wales
Wednesday, July 27
Susahny nak sebut Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch
Siri Kembara Jelajah UK : Episod 4
Korang tahu ape ke bende Cymru? Bukan kuih tradisional la. Sebenar Cymru tu adalah Wales Dalam bahasa Welsh. Tapi pronunciationnya adalah ‘Cumry’ semacam sebutan toyata camry.
Jom kita belajar Geografi sket. Dulu-dulu masa muda remaja ingat kat UK tu ada England je. Maklumla amik geografi sampai PMR je. So, secara teorinya ada 4 kingdom di dalam United Kindom (Great Britain) iaitu kingdom of England, the kingdom of Wales, the kingdom of Scotland, and the kingdom of Northern Ireland. Tapi sekarang orang panggil England, Wales, Scotland, and Northern Ireland je. Dan setiap negeri (Kingdom) tu plak bendera, bahasa dan ibunegeri sendiri.
Bendera England, Scotland dan Wales |
Orang Wales dikenali sebagai Welsh guna bahasa Welsh. Macam English untuk England, Orang Irish guna Irish Gaelic (Ireland) and Orang Scottish (Scotland) guna bahasa Scottish Gaelic. Tapinya kebanyakan tahu menggunakan English. Manakala ibunegeri Wales adalah Cardiff (Caerdydd in Welsh), London bagi England, Belfast (Ireland Utara) dan Edinburgh (Scotland). Bendera pun berbeza-beza. Kecuali Northern Ireland tak de bendera, pakai Union Jack je.
Union Jack. Baru perasan benderanya macam ada campuran bendera England dan Scotland |
Yang menariknya, walaupun kesemuanya kingdom itu adalah satu negara, iaitu UK (Britain), namun, dalam sukan seperti Komanwel, World Cup FIFA dan Rugby Cup mereka menghantar wakil asing-asing. Dalam sukan Olimpik baru la semuanya bergabung menjadi satu team iaitu Britain.
Oleh sebab itu, bila tiba di Wales, penulis DKKC merasai suasana dan culture agak berbeza dari London. Terutamanya dari aspek bahasa. Pelik juga tengok tulisan ‘araf’ di atas jalan raya rupanya bermaksud perlahan. Perkataan dalam bahasa Welsh ni, kekadang langsung tiada huruf vowel-aeiou Memang susah nak sebut.
Cik Puan Isteri cuba mengeja perkataan Welsh |
Contoh yang senang adalah ‘Dysgwch Cymraeg’ adalah bermaksud Learn Welsh. Lagi satu contoh yang best adalah ‘jwngwl’. Cuba sebut. Maksudnya ialah jungle. Tapi tu ok lagi berbanding ‘Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’, susahny nak sebut. Ianya adalah nama satu bandar kecil di utara Wales. Memang sampai bila pon tak boleh nak ingat!
Hmm.. panjang pulak intronya..padahal nak citer pasal trip ke WALES je..tapi tak pe la kan, share info tambah general knowledge
Friday, July 22
Mencari Biskut Almond London di Kota London
Siri Kembara Jelajah UK : Episod 3
Hari 3 : Tak de pun biskut Almond London..
Lokasi: Westfield Shopping Centre>House of Parliament>Big Ben>London Eye>Trafalgar Square> Malaysian Hall>Oxford Street>King’s Cross Platform 9¾
Pada hari yang ke3 kami dibawa oleh rakan yang telah 4 tahun menetap di UK ke salah satu shopping complex yang bersaiz mega di LONDON iaitu Westfield Shopping Center. Ianya adalah berdekatan dengan station underground Sheppard Bush. Besar jugak tapi tak la sebesar Berjaya Time Square kat KL. Banyak outlet barang branded2 kat situ. Termasuk la Jimmy Choo, Prada, LV, Dior dan Gucci. Hmm..setakat cuci mata boleh la.
Restaurant Malaysia 'Jom Makan' ada di Westfield |
Seterusnya kami dibawa pula melawat tempat menarik di sekitar London oleh seorang kenalan iaitu Mr James dari UK (Wales) yang menjadi pemandu pelancong tak bertauliah, untuk ronda-ronda area Westmister. Walaupun dia orang Wales tapi tau la sket2 pasal London ni, walaupun kekadang dia pun rujuk peta di tepi jalan..
House of Parliament dan Big Ben di tepi Thames River |
Hujan gerimis tidak menghalang niat meneroka kota LONDON. Tempat pertama yang dituju adalah House of Parliament. Sebelahnya pulak ada jam besar yang glamer tu, Big Ben. Kami merentasi Thames River melalui Westmister Bridge untuk mendekati London Eye. Ramai jugak orang beratur nak naik London Eye. Tapi oleh kerana harga tiket yang boleh tahan dan juga memakan masa yang panjang untuk habis pusingan London Eye tu, kami pun ‘pass’. Bersebelahan London Eye terdapat London Sea Life Aquarium dan London Film Museum.
<Tips : Tak jauh dari House Parliament ada Westminster Abbey. Hari tu tak sempat nak pergi..>
Dari situ kami meneruskan perjalanan di tebing Thames River dan melintasi sungai tersebut menggunakan Golden Jubilee Bridge. Jambatan ni unik sebab ianya adalah adalah footbridge hanya untuk pejalan kaki di kiri kanan dan ditengahnya adalah untuk laluan train sahaja.
Kempen jalanan FREE Hugs di hadapan National Gallery. Macam ni pun ada, tah ape2 |
Ni bukan BERSIH. Tapi protes dari Rakyat China pasal penganiayaan terhadap tahanan dalam penjara di sana |
Perjalanan diteruskan ke Trafalgar Square. Dataran ni berhadapan dengan the National Gallery. Memang penuh dengan pelancong. Di tengah dataran terdapat jam besar ditaja oleh Omega untuk counting days and times menjelang Sukan Olympic tahun depan. Dan kalau ada warga tempatan atau rakyat asing nak buat demontrasi, kat sini la tempatnya. Bersebelahan Trafalgar Square terletak Malaysian Tourism Office. Bangga sekejap tengok jalur gemilang berkibar di tengah Kota London..
<Tips : Ada orang cakap, kalau terdesak/tak sempat boleh je menumpang solat di pejabat Malaysian Tourism tu>
Hujan turun mencurah-curah memaksa kami terus beredar. Lantas berpakat untuk lunch di Kantin Malaysian Hall. Station underground yang terdekat adalah Queensway. Pejabat Malaysian Hall terletak beberapa blok dari situ. Ramai juga orang tengah menjamu selera walaupun sudah lewat petang. Harga ditawarkan memang lebih murah berbanding dengan restaurant lain. Macam-macam ada. Lega dapat pekena juadah tradisi Melayu setelah lama tak ketemu ikan keli sambal, daging salai masak lemak, tempe goreng, kupang, gulai ikan kering dan lain-lain. Maklumla tekak orang Melayu, mana tahan asyik pekena makanan omputeh.
<Tips : Kalau nak budget boleh menginap di Asrama Malaysian Hall. £15 je per person/night. Tapi kene booking awal dan boleh stay untuk 2 hari je>
Setelah menunaikan solat di Surau Malaysian Hall, kami meneruskan aktiviti dengan pergi shopping di Oxford Street. Banyak jugak kedai tengah buat sale sempena musim panas. Di penghujung Oxford Street, terdapat satu gedung Primark iaitu berdekatan dengan station Marble Arch. Memang berbaloi harga-harga kat situ, yang tak berbaloinya beratur panjang nak membayarnya..
Dari situ kami bergegas ke King's Cross Station untuk ke mencari mencari platform 9¾ yang popular tempat Harry Potter menaiki Hogwarts Express. Puas jugak mencari, sebab King's Cross Railway Station dalam process ubah suai. Kat situ ada 12 platform semuanya. Tapi, tempat yang Harry Potter berlakon menembusi dinding tu difilemkan di antara Platform 4&5.
Dari situ kami bergegas ke King's Cross Station untuk ke mencari mencari platform 9¾ yang popular tempat Harry Potter menaiki Hogwarts Express. Puas jugak mencari, sebab King's Cross Railway Station dalam process ubah suai. Kat situ ada 12 platform semuanya. Tapi, tempat yang Harry Potter berlakon menembusi dinding tu difilemkan di antara Platform 4&5.
Peminat Harry Potter menunggu turn nak ambil gambar di Platform 9 3/4 tu |
Tiba di platfrom 4&5, tak de ape pun. Rupa-rupanya ‘troli separuh’ yang terletak disitu telah dipindahkan ke kawasan pintu masuk King's Cross Railway Station. Tapi yang kat luar tu hanya berdinding gambar bata dari plastic. So, dah tak nampak real. Oleh kerana 'tak jumpa' Hogwarts Express, kami pun balik ke rumah tumpangan FOC tajaan rakan di Leytonestone untuk tido dan berehat.
<Tips : Platform 9 ¾ terletak di pintu masuk ke King’s Cross Railway station, dekat dengan station tube underground King’s Cross St Pancras>
Hari 4 : Pergi Ke UK, bergambar dengan Batu je.
Lokasi : Liverpool Street>Stonehenge>Swansea, Wales
Pada hari ke-4, kami menyewa kereta dari Europcar. Harganya agak berpatutan. Kereta yang diberikan adalah kereta baru jenis New Astra SRi 1.6, kereta keluaran Vauxhall. Nasib baik jenis Auto. Best jugak bawak kereta jenis ni. Kalau ada banyak duit memang boleh angkat sebijik. Siap ada auto remote sense for raining. Canggih gitu. Dan yang penting, bahagian pemandu adalah di sebelah kanan seperti di Malaysia. So, senang sket tak macam di Denmark dan juga German.
<Tips : Harga sewaan kereta lagi lama sewa, lagi murah. Tapi kalo jalan2 area London je, naik tube dah ok dah, tak perlu kereta>
Mak Cik rambut pink ni, tanpa lelah laung '1 pound,1 pound, take a look' beratus kali |
Tempat yang dituju adalah Liverpool Street. Area situ ada Petticoat Lane Market yang mana ada jualan ala pasar minggu di pagi hari ahad. Kat sana harga barang seperti souvenirs dan baju T-Shirt London jauuuuh lebih murah dari kedai-kedai lain sekitar Oxford Street dan Picaddily Circus. Memang berbaloi kalau nak borong hadiah souvenirs untuk family dan kengkawan.
Baju T-Shirt London boleh dapat dengan harga £3-£4 sehelai (£6-£7 dikedai lain). Begitu jua dengan fridge magnet dan key chain London, satu pound je. Walaupun hampir semua barang ada kat sini tapi tak de plak biskut Almond London kat London ni. Kalaula ada jual biskut Almond London yang betul dari Kota London, mungkin boleh angkut berkilo-kilo untuk buat raya!
<Tips : Petticoat Lane Market terletak dekat dengan Liverpool Street Station (underground & railway). Pasar minggu ada pada hari ahad je, sebelah pagi hingga 2pm>
Pada sebelah petang, kami mula berangkat keluar dari LONDON menuju ke WALES. Di pertengahan jalan kami singgah di Wiltshire untuk ke UNESCO World Heritage Site iaitu Stonehenge. Jauh jugak dari London ke sana. Lebih kurang 80miles (1 jam 40 min). Cara nak ke Stonehenge adalah kene berkereta. Nasib baik ada GPS Tom Tom. Kalau tak, jumpa langsat la jawabnya. Ada juga bas, tapi kebanyakan adalah dari pakej tour. Kat sana ramai jugak pelancong walaupun dah lewat petang dan hujan gerimis. Ingatkan free rupanya nak masuk kene bayar.
<Tips : Kawasan Stonehenge tu berpagar, tak boleh nak sentuh atau pergi dekat pon. Kalau nak masuk, better stay lama sket baru berbaloi>
Harga tiket adalah £6.80 (for students) dan £7.50 (dewasa). Tiada tour dari tourist guide cuma diberikan audio untuk mendengar penerangan bagi setiap station (ada 7 check points). Nak kata berbaloi, pun tak jugak sebab macam mahal jugak tiketnya. Tapi kalau nak bergambar dari luar tinggi pulak pagarnya. Tapi oleh kerana tak selalu peluang datang ke sana, maka kami berpakat la masuk. Maklumla nak tengok prehistoric monument. Walaupun orang kata pergi ke UK, untuk bergambar dengan ‘batu’ je, tak pe laa, tak kisah..
Datang ke UK, tengok batu.. |
Kami tiba di Swansea, iaitu salah satu bandar utama WALES pada jam 9pm dan menginap di hotel tajaan aka rumah rakan di Brynmills yang terletak di pinggir bandar Swansea. Nyaman sungguh di sini, memang jauh beza dari Kota London. Tido pon terlebih nyenyak!
<Tips Melancong ke London>
<<Previous Episod: Tempat Menarik di London
Tempat Menarik di Wales : Next Episod>>
Thursday, July 21
Mencari Chelsea Team di Stamford Bridge, Rupanya ada di Bukit Jalil
Siri Kembara Jelajah UK : Episod 2
Hari Pertama : Jalan-jalan cari Jalan
Lokasi : Harrods>V&AMuseum>Imperial College London>Royal Albert Hall>Royal Albert Memorial, Kensington>Hyde Park>Picaddily Circus>China Town
LONDON… The Greatest city in the world. Itulah ayat pertama yang muncul dari filem ‘Dilwale de diljalange’. Tapi bila sampai ke LONDON, tak de la hebat sangat. Biasa-biase je.
Oleh kerana LONDON akan menjadi tuan rumah sempena sukan Olympic pada 2012, maka persiapan tengah giat dijalankan. Termasuklah repair sana sini dan renovation in progress ada di merata-rata. Tu la, datang time tak kene. Tapi kalau pergi tahun depan, tentu penuh dengan jutaan manusia, tempat attraction penuh dengan pelancong dan harga hotel, etc tentu mencanak mahal!
Sampai di LONDON, tak tau nak tuju mana dulu. Banyak sangat list nak pergi. Disebabkan mata masuk habuk, kami pun pergi mencuci mata di Harrods iaitu berdekatan dengan Knightsbridge station. Ye la, nak kene cas bateri untuk jadi shopaholic...Fuhh dalam tu memang ramai pak arab dan mak arab. Memang ni tempat diaorang. Sebab depa je yang mampu. Harganya semua di luar batasan. Dekorasi dinding dan siling pun cantek, dah macam masuk muzium pun ada.
<Tips: Kat dalam tu ada memorial untul Lady Diana dan Dodi al-fayed (anak tauke Harrods)>
<Tips: Kat dalam tu ada memorial untul Lady Diana dan Dodi al-fayed (anak tauke Harrods)>
Pondok telefon depan V&A Museum. Kalau kat Malaysia, tak de nye nak bergambar kat public phone, buat malu dek orang je.. |
Seterusnya, kami menuju ke 3 muzium yang berdekatan. Iaitu Natural History Museum, Science Museum dan juga Victoria & Albert Museum. Tapi, kerana jam dah pukul 5pm, guard dah tak bagi masuk sebab nak tutup kedai. Tapi tak pe la. Memang tak nak masuk pun, nak tengok2 je. Perjalanan diteruskan dengan melalui Imperial College London untuk menuju ke Royal Albert Hall, ala tempat Datuk Siti nyanyi dulu2 tu. Semua royal2 je kat situ. Ada Royal College of Arts dan juga Royal Music College. Royal Albert Hall tengah sibuk dengan persiapan untuk event BBC Proms (The World's Greatest Classical Music Festival). Boleh dengar depa tengah praktis di dewan yang bersebelahan.
Di hadapan dewan tu ada memorial untuk si Albert dalam kawasan Kensington Garden. Prince Albert adalah suami kepada Queen Victoria. Besar gak memorial tu. Macam tokong siam pun ada. Sebelah Kensington Garden plak ada taman lain, Hyde Park. Punye la luas, ingatkan nak pintas jalan kaki ke Marble Arch, hmm tak jadi pusing patah balik daa.
Menurut bronchure visit LONDON, malam2 cantik pi kat Picaddilly Circus. So, kami pun pergi. Ingatkan ada circus kat situ, rupa-rupanya ‘circus’ tu refer kepada ‘circle’ (bahasa latin) sebab ada round open space di persimpangan jalan. Memang ramai manusia dari segenap alam lepak di situ. Ripley Believe or Not Museum ada kat penjuru jalan kat situ. Cari jugak Hard Rock Café’ London yang sepatutnya ada area situ, tapi tak jumpa. Tapi, kalau pergi ‘Café Batu Keras’ tu bukan nak beli barang pon. Picaddilly circus jugak popular sebab agak banyak papan screen kat dinding. Tapi tak la semeriah macam Shibuya di Tokyo (ceh..macam pernah pergi Tokyo je)
Dari Picadilly kaki jalan kaki ke China Town. Banyak gak restaurant cina kat situ. Segala jenis masakan berteraskan itik ada. Masa jalan-jalan terjumpa Restoran Rasa Sayang. Restaurant masakan Malaysia dan Singapore. Yang penting halal! Sedap jugak pekena ‘Ipoh Mee Sup’. Tapi harganya mahal sket banyak.
<Tips: Satu pingan nasi/mee banyaak. Harga lebih kurang £6-£7!>
<Tips: Satu pingan nasi/mee banyaak. Harga lebih kurang £6-£7!>
Hari Kedua : Mencari Chelsea team di Stamford Bridge, Rupanya depa kat Bukit Jalil
Lokasi: Buckingham Palace> Tower of London>London Tower bridge>St Paul Cathederal>Stamford Bridge> Marble Arch>Malaysian Hall
Hari kedua selepas check out kami menuju ke Buckingham Palace. Boleh je naik underground train, tapi kami jalan kaki je. Jimat, dan boleh exercise sekali. Sebelum ni, pergi jalan2 jarang jumpa pelancong. Bila pergi ke Istana, baru jumpa raaaamai tourist. Mungkin 98% adalah pelancong kot. Semua bawak map dan juga camera. Memang pack. Tak tahu la, kalau masa William & Kate kawen hari tu macam mana. Tentu lansung tak boleh tengok dekat. Tapi memang menarik changing guard ceremony kat situ. Siap ada guard yang mainkan muzik. Kumpulan pancaragam plak mainkan lagu rancak2 je. Memang cool. Patut la glamer, tak macam di Amalienborg, DENMARK tanpa alat muzik. Tukar2 gitu je.
<Tips: Ada 3 pintu depan Buckingham. Pintu kiri dan kanan untuk permbarisan kawad masuk dan pintu tengah guna masa nak keluar. Pandai2 la pilih kawasan mana untuk tengok pembarisan>
<Tips: Ada 3 pintu depan Buckingham. Pintu kiri dan kanan untuk permbarisan kawad masuk dan pintu tengah guna masa nak keluar. Pandai2 la pilih kawasan mana untuk tengok pembarisan>
Setelah berpinar-pinar berjemur tengah panas, kami ke Tower of London. Bersebelahan dengan Thames River. Memang cantek. Tapi nak masuk kene bayar, so kami ‘pass’. Lalu pergi ke London (Tower) Bridge. Ramai orang silap ingat jambatan ni London Bridge yang dalam lagu kanak2 tu. Tapi bukan!
Semasa tiba di sana, ngam2 siren berbunyi dan jalan di tutup. Rupa-rupanyanya jambatan tu nak diangkat/buka sebab ada kapal besar nak lalu. Kata orang memang jarang jambatan tu nak diangkat. Time2 tertentu je. So, kami ni golongan yang bertuah la dapat tengok process ‘pengangkatan laluan jambatan’ secara live.
Dari sana, kami menaiki bas untuk kembali ke tube underground station untuk menuju ke St Paul Cathederal. Ingatkan nak naik bas LONDON yang 2 tingkat yang popular tue, tapi tak de plak. St Paul Cathederal tu memang besar dan dikatakan church antara yang tercantik di Eropah. Tapi nak masuk kene bayar, lagi pun buat ape nak masuk gereja, apa kes??
Walaupun bukan peminta tegar pasukan bola liga English, tapi alang sampai ni nak jugak tengok stadium yang tengok kat TV tu. Oleh kerana tak sempat ke Stadium MU di Old Traffod, Manchester, kami berpakat ke Stadium CHELSEA di Stamford Bridge je. Rupa-rupanya kawasan CHELSEA adalah dipinggir kota London. Ada beberapa pakej yang ditawarkan. Kami pilih yang standard pakej (£11/per person) untuk melawat stadium dan juga Muzium CHELSEA FC. Best jugak dan berbaloi-baloi.
<Tips : Ambil student price (kalau student la) potong £5 dan booking online (potong £2). Dah dapat save £7 sorang!>
Tempat duduk Ancelotti dan John Terry |
Kami dibawa melawat ke sekeliling stadium, bilik persalinan pemain, press room, tempat duduk media semasa match dan juga ke Museum. Beza bilik persalinan pemain CHELSEA (Home Changing Room) dan guest team memang lain dan ‘bias’ giler. Best jugak dapat tengok tempat locker Frank Lampard, Drogba, John Terry dan Fernado Torres. Kalau kat TV tak de tunjuk kan…dan pada hari itulah penulis DKKC dan Cik Puan Isteri dengan rasmi menjadi peminat team CHELSEA.
Baru la tahu corak-corak kat padang rumput tu, dibuat pakai mesin rumput je (mesin cara arah berbeza)..ingatkan tanam rumput species lain-lain.. |
Tapi tiada pemain tengah praktis kat situ, sebab waktu summer ni musim liga2 dah abes. Dan team CHELSEA tengah buat Asia Tour termasuk la lawan pasukan Malaysia.
<Tips Melancong Ke London>
<<Previous Episod : Dari Airport Gatwick ke Central LondonMencari Biskut Almond London di Kota London : Next episode>>
Monday, July 18
Dari Copenhagen ke London
Siri Kembara Jelajah UK : Episod 1
Cehh siap ada episod tu. Macam citer Nora Elena plak ada episode2 gitu haha.
Alhamdulilllah, akhirnya angan-angan Mat Jenin untuk menjejak kaki ke bumi ratu menjadi kenyataan. Kalau dulu British pernah menjajah tanah Melayu selama 141 tahun, kini giliran kami pula ‘menjajah’ mereka. Walaupun dah lama bercadang untuk bergelandangan ke sana, kini barula ada peluang. Asalnya nak pergi bertinju pada ‘boxing day’ di LONDON hujung tahun 2010 lepas, tapi aleh-aleh belayar ke Oslo, NORWAY plak..
Ye la, kecik2 dulu asyik nyanyi je London Brigde falling down..falling down. So, nak tengok la betul ke tu jambatan dah falling down..huhu
Kami terbang menggunakan perkhidmatan tambang murah Norweigian airlines. Nak kata murah tak de la murah sangat. Tapi murahla jugak berbanding cost terbang dari Malaysia ke UK. Ok la kan RM 600 sorang/pergi balik. Patutnya boleh dapat lagi murah. Dah booking lambat naik buat macam maner. Kali ni first time guna self service check-in untuk dapatkan boarding pass. Lagipun bawa 2 beg hand carry je. Tak payah nak drop hand luggage. So, senang la.
<Tips: Sesetengah airline ada perkhidmatan self check in. Why not cuba. Cepat dan mudah bukan??>
<Tips: Sesetengah airline ada perkhidmatan self check in. Why not cuba. Cepat dan mudah bukan??>
Departure jam 12.05pm. Tut-tut pejam celik jam 1pm dah sampai Airport Gatwick dah. Macam 55 minit je perjalanan. Padahal hampir 2 jam jugak. Hmm.. tu sebab beza masa sejam antara UK-Denmark. Kalau kata jetlag..memang tipu la.
Airport Gatwick berada 45km di selatan LONDON. Walaupun airport ini kebanyakannya hanya cater untuk flight tambang murah (LCC), tapi besarlah jugak. Patut la jadi airport no.2 besar/sibuk kat UK ni. Dari Airport Gatwick kami menaiki Easybus ke Central London. Tapi nama je Easybus tapi tak easy pun. Dah la jauh menapak melilau-lilau ke tempat pick up, pastu panas pulak tuh dalam bas. Nama je bus tapi saiznya macam van je sebab muat 19 orang. Dah tu yang ni je jenis transport yang murah, layankan aje..
<Tips : Easybus transport paling murah dari Gatwick Airport ke Central London. Bookinglah online awal2. Lagi muraaah>
<Tips : Easybus transport paling murah dari Gatwick Airport ke Central London. Bookinglah online awal2. Lagi muraaah>
Easybus hanya berhenti di Earl's Court Station. So, dari situ kami kena menuju ke London Victoria Station. Tiba di London Victoria Station kelihatan memang ramai manusia2 tengah sibuk ke hulu ke hilir. Memang sibuk station ni. Macam KL sentral kot.
Dan first time naik LONDON underground ‘tube’ yang glamer tuh (glamer ke?) rasa macam biasa-biasa je. Tak de pening sangat cari laluan line train sepertimana yang digempar gempurkan. Tapi mungkin dah biasa dengan train dan underground kat Denmark kot. Tapi nasib baik la dah beli Oyster Card awal2 kat Airport Gatwick. La, ingatkan bentuk tiram. Tapi sekeping kad macam biasa je..Haha
<Tips: Menggunakan Oyster Card memang menjimatkan. Contohnya kalau dah sampai had maksimum bagi zone 1&2, anda boleh pakai untuk seharian>
Dan first time naik LONDON underground ‘tube’ yang glamer tuh (glamer ke?) rasa macam biasa-biasa je. Tak de pening sangat cari laluan line train sepertimana yang digempar gempurkan. Tapi mungkin dah biasa dengan train dan underground kat Denmark kot. Tapi nasib baik la dah beli Oyster Card awal2 kat Airport Gatwick. La, ingatkan bentuk tiram. Tapi sekeping kad macam biasa je..Haha
<Tips: Menggunakan Oyster Card memang menjimatkan. Contohnya kalau dah sampai had maksimum bagi zone 1&2, anda boleh pakai untuk seharian>
Dan akhirnya kami tiba ke tempat penginapan kami di Warwick Way area Victoria. Hmm..memang bagus lokasinya. Semua tempat attraction sekangkang king kong je. Nie yang tak sabar nak teroka LONDON ni! Jom..
<Tips : Pilihlah budget hotel yang berdekatan dengan place of attraction. Boleh save duit untuk shopping. Lagipun hanya untuk berehat dan tido je kan>
<Tips : Pilihlah budget hotel yang berdekatan dengan place of attraction. Boleh save duit untuk shopping. Lagipun hanya untuk berehat dan tido je kan>
Too much to share but so little time to do so…see u in next episode..k
Siapa yang ingat ambulance tu adalah van adalah silap..kat london ada ambulance bermotor! |
<Tips Melawat Ke London>
Tempat-tempat menarik di London : Next Episod>>
Subscribe to:
Posts (Atom)