Saturday, May 21

Danish is Fun

Sekarang aku dah berada di Module 3 bagi Kelas Bahasa Danish. Module 3 bermaksud ‘moderate’. Setelah berbulan-bulan mengharungi module 1 (beginner) dan module 2 (intermediate), aku mula berani merajinkan diri ke sesi ‘sofasnack’ pada setiap Selasa. Sofasnack adalah aktiviti borak-borak bersama sukarelawan warga tua dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dalam berbicara dalam bahasa Danish.


Dan tiba giliran seorang Nenek tua bernama Otte Olsen yang gigih datang bersama tongkatnya. Walaupun aku kira, dia baru berumur lingkungan 75 tahun, namun dia masih lagi pandai bergaya dan mengenakan mekap yang nipis dan fesyen yang bersuaian mengikut tahap umur.

Sementara pelajar lain mengambil kerusi memasuki bulatan, Nenek Otte Olsen mula bersuara.

“Hvor mange lander kursister kommer fra  i dag? (how many countries, student came from today?) 

Dia tanya setiap orang. Seorang demi seorang. Ada 18 orang kesemuanya. Dan tiba giliran aku..

Aku sengaja berdiam diri. Semacam kuiz,  suruh Nenek Otte tu meneka.

“Er du fra Kina? (Are you from China?)” Tekaan Nenek Otte
Aku mengeleng kepala ke kiri dan ke kanan. Berfikir sejenak, muka aku ada Chinese look ke?

“Er du fra Indonesien? (Are you from Indonesia?)”  Teka Nenek Otte lagi

“Nej (No).”  Jawabku ringkas

Seorang mamat Hungary bergegas ke Library bersebelahan. 30 saat kemudian datang membawa sebiji (ke sebuah?) glob. Kalau ada duit lebih, memang aku bagi kat dia..rajin bebenor.
Lantas aku ambil Glob dan tunjukkan kat Nenek Otte, mana letaknya Malaysia. Siap tunjuk mana Indonesia, Singapore dan Thailand.
Dia terdiam tanda faham. Tapi tiba-tiba mencelah

Ahh..Du kommer fra Bali! (Oh..you came from Bali)”

Pelajar lain senyum. Aku jawab je “Ja (yes)”. Malas dah aku nak layan.
Apepela Nek! Getus hatiku

--------------------------------------

Suatu tengahari yang tenang di Pasaraya kecil bernama Netto di kawasan Sorfgenri.

Aku melilau mencari seekor ayam untuk dibawa balik dan dimasak gaya kepsi. Tiba di kaunter bayaran, dengan penuh keyakinan tahap riak aku cuba berbahasa Danish dengan Minah Salleh cashier itu.

 “Hvad koster er det? (How much is that?)“ Soalku berhemah

“Det er 39.95kr. Noget andet? (It is 39.95kr. Anything else?)” Tanya Minah Salleh cashier.

“Nej. Det er kun Kylling i dag (No, it's only chicken for today)” Jawabku lancar

Cashier Minah Salleh itu memberi resit sambil berkerut dahi. Aku berlalu.
Alamak..alapak..tetiba baru tersedar aku tersebut Kyling (chicken) dengan sebutan Killing seolah aku hanya nak membunuh.

Patutla Pak Cik Salleh dan Mak cik Salleh kat belakang tadi pandang semacam je. Aku terus bergegas melarikan diri keluar dari situ dan memecut laju dengan kejuan 23km/hr dengan bas..ikal.

11 comments:

  1. depa guna english banyak kat sana tak? kalau travel senang ke?

    ps: tqs for the feedback via email semalam..

    regards fr t'ganu

    ReplyDelete
  2. @MULAN:Kat sini mostly semua boleh speak in english. Easy to travel, the only problem is maybe brg2 harga mahal sgt dan halal food
    Anyway, I hope you manage to plan well for your europe tour by caravan!

    ReplyDelete
  3. hahaha... kelakar pulak dgar citer nie.. bahaya tu.. dengan salah satu perkataan boleh merubah nasib kita.. hahaha!!

    baru menjengah ke blog ni.. selamat berkenalan..!!

    ReplyDelete
  4. malaysia ni kurang dikenali berbanding ngan indonesia..

    ReplyDelete
  5. @MYA EL QAYREENA: thanks for follow DKKC!
    @iKhRam:Huhu memang, kereana mulut badan binasa..Selamat berkenalan..
    @Wan Nor Azila:Memang Malaysia kurang glamer. Cakap dekat dengan Singapore baru tahu Malaysia kat mana

    ReplyDelete
  6. selalu cakap kelantan kena pulak cakap denmark..mesti susah ek..orang kata bahasa german lagi susah.

    ReplyDelete
  7. teringat kedai shawarma...special burger (kot)... tapi apepasal le baju di sponsor oleh carlsberg...geleng kepala je lah kan

    ReplyDelete
  8. Dear,

    Module 1: Analfabet (yang tak kenal huruf A B C)
    Module 2: Ada at least 9 years of education (primary school education)
    Module 3: Ada more than 9 years of education.

    Enjoy your Danish classes. One of the most beautiful languages in the world!

    ReplyDelete
  9. tergelak betul..enough killing for today

    macammana nak masuk kelas bahasa ni?macam menarik je...siap ada orang tua datang test anak2 murid.kat uni ada jugak tu, tak tau la macammana course dia

    insyaAllah flight saya 23 august ni..moga ketemu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...