Membeli mercun secara halal (legal)? Di mana? Rupa-rupanya di negara scandanivian serta Denmark, mercun serta bunga api adalah halal dan bebas untuk dijual dan dibeli.
Apa yang menarik, iklan-iklan pelbagai jenama bunga api (atau kembang api dalam bahasa Indonesia) mula ditayangkan di kaca tv (kaca? bukan ke skrang dah pakai plasma/LCD, tak pun LED?), secara meluas. Malah iklan juga bebas dipaparkan akhbar. Iklan-iklan jualan ‘murah’ bunga api turut di hantar dari rumah ke rumah…oleh posmen!
Wah..bestnya kalau Malaysia buat macam ni. Pertama, pak cik atau brother yang menyeludup di Sungai Golok tidak perlu cuak dan takut2 apabila ‘beroperasi’ secara illegal. Kanak2 dan remaja tidak perlu takut2 bermain mercun di malam raya terutamanya apabila kereta polis peronda lalu. Ketiga boleh buat pilihan dan boleh beli dengan tanpa rasa bersalah dan boleh buat perbandingan harga antara kedai. Dan last kali, pekerja kastam tak perlu susah-suah membanteras penyeludupan mercun malahan mungkin kerajaan boleh dapat hasil daripada cukai.
Namun sebenarnya ada juga keburukannya. Selainnya tidak digalakkan oleh agama Islam kerana membazir adalah sifat syaitan, ia juga boleh mengundang kecelakaan dan bencana. Dan juga menganggu jemaah sedang solat terawih apabila bermain di bulan puasa. Tapi ada juga kebaikannya. Pertama, boleh digunakan untuk menghalau binatang buas dan tupai bagi pekebun (tanpa perlu guna senjata api) dan kedua adalah dapat…hmmn rasenya satu je faedahnya kot.
Di sini, kebanyakan mercun dan bunga api boleh didapati di kedai hardware, kedai peralatan automobil & basikal serta kedai bunga. Tapi ada syaratnya. Bunga api hanya boleh dibeli oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bermain hanya pada malam Krismas dan juga semasa sambutan tahun baru je. Jualan untuk tahun baru adalah pada 19-23 Disember tapi hanya di kedai-kedai tertentu dan untuk tahun baru mulai 27 Disember. Yang bagusnya orang kat sini, begitu patuh dan bermain hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja.
Macam-macam ade. Ada jenis roket, bateri, fountain, luntefri (bunga api kecil dipegang ditangan) dan juga untuk junior (mercun bawang etc). Namun harganya boleh tahan. Bunga api jenis bateri yang popular di sini berharga 99kr (selepas diskaun) iaitu RM 54 sekotak kecil.
Oleh kerana telah menerima undangan ‘Majlis Makan-makan mengeratkan silaturahim sempena tahun baru’ (nama secara baik..). Ataupun ‘Glitzz & Glamerous New Year Party’ (nama secara moden) yang memerlukan kami membawa bunga api masing2, maka saya dan jiran Mr S telah ke kedai bunga Bo Grønt Høsterkøb di Hørshoms untuk membeli belah bunga api..
|
Kedai bunga di Hørshoms yang menjual bunga api |
Namun, apabila sampai di sana dan sedang sibuk memilih bunga api yang di display, seorang jurujual datang dan berkata “I’m sorry. It’s not allowed to sell this today. We only can sell this starting on next Monday.” Dibeleknya iklan yang dibawa semula, rupanya memang ada dinyatakan “Fryværkerisalget starter mandag den 27. Dec kl. 9.00”.
Itulah akibatnya tidak belajar bahasa Danish (tengah belajar, tapi baru modul 1..huhu).
Maka pulanglah kami dengan hampa..
…tengok mercun roket, teringat pula bermain game ‘Rocket Mania’ dikala tension belajar, zaman muda-muda semasa di U.
...Next post: Mane lebih best..banjir ke ribut salji?