Saturday, November 6

Kenderaan itu Beroda Dua


Ya, saya telah membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan harian di Denmark. Dan ianya adalah sebuah bas. Dan bukan sebarang bas kerana hanya mempunyai 2 biji roda kerana ianya adalah basikal!
Basikal jenama Rocky Broadway dengan 3 gear Shimano Nexus
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya promosi basikal murah di pasaraya Kwickly telah tiba. Tanpa berlengah kami telah menerjah Kwickly dan rupanya-rupanya basikal yang dibeli itu adalah stock yang terakhir. Dengan membuat bayaran sebanyak 1,395 dk (RM 809) basikal tersebut telah menjadi milik kami. Ya, RM 800 untuk sebuah basikal yang cikai. Tapi bukan sebarang cikai kerana mempunyai gear dari Shimano. Namun, itulah antara basikal yang termurah pernah kami jumpa kerana harga asal adalah 1,995 dk (RM 1,160) dengan diskaun lebih kurang RM 350.
Sekotak basikal yang seberat 17kg dipikul dengan menaiki bas
Basikal merupakan kenderaan rasmi orang Denmark. Oleh itu, tidak hairanlah negara ini amat terkenal dengan budaya berbasikal. Penduduk Copenhagen secara purata menunggang basikal sejauh 1000km/kapita iaitu jauh lebih tinggi daripada penduduk Amsterdam. Dan saya dengan rasminya telah menjadi sebahagian daripada statistik itu.

Berikut sedikit fakta mengenai Denmark dan Basikal
1)    Lebih 18% daripada penduduk di seluruh Denmark menunggang basikal setiap hari dan boleh mencapai sehingga 65% sewaktu musim panas
2)   Purata laju penunggang basikal di Denmark adalah 15.3km/h
3)    Di Bandar Copenhagen terdapat 1.7 juta penduduk dan jumlah basikal yang terdapat di Copenhagen adalah 1.7 juta basikal.
4)    Hanya 40% penduduk Copenhagen mempunyai kereta
5)    Secara purata terdapat 36% penduduk Copenhagen menggunakan basikal berbanding 35% menggunakan kenderaan awam dan selebihnya memandu atau berjalan kaki.
6)    Laluan basikal telah diperkenalkan sejak 1920 dan kini terdapat laluan basikal sepanjang 350km di sekitar bandar-bandar utama.
Tengok tu. Kat traffic light pun ade untuk basikal
Oleh itu, jangan terkejut apabila melihat pekerja pejabat yang handsome bergaya lengkap dengan kot dan tie menunggang basikal sambil menyelitkan briefcase di raga. Ini telah permandangan normal di sini. Dan lebih normal lagi, apabila gadis-gadis Denmark yang memakai skirt pendek dan menunggang basikal terutamanya di musim panas. Tentu ‘hebat’ bukan?


Dan antara bulan April hingga September, pihak bandaraya menyediakan basikal-basikal  untuk digunakan secara percuma (tapi sedikit deposit dikenakan) kepada pengunjung di 110 lokasi sekitar bandar Copenhagen. How cool is that?

....kalau lenguh lutut atau lutut longgar, bukan sebab lain tapi sebab selalu mengayuh basikal..
>> Next post : Neighbourhood Potluck Party

3 comments:

  1. salam.joh nyo..duk denmark ko? study or kijo situ? banggo ado ank kelate d perantauan.heee :)

    ReplyDelete
  2. salam...

    best nyer... exercise tu... :D

    kawe dah kelik dari kelate.. bawok budu 1 dozen.. yeahhh.. :d


    hehehe

    salam kenal.. :D

    ReplyDelete
  3. 1000km ke 1000m? Cuaca dan suhu di sana boleh laa. Kat malaysia cuba tgk. Baru kayuh 500m dah terjelir lidah. Apa pon salam perkenalan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...